KUALA LUMPUR: Majalah antarabangsa Newsweek meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-37 dalam senarai Negara Terbaik Dunia dan ketiga di rantau Asia sebagai negara pilihan yang mampu menyediakan tempat untuk hidup lebih selesa dan sihat, selamat, sejahtera serta maju.
Majalah keluaran 23 hingga 30 Ogos itu turut menyenaraikan Malaysia pada kedudukan kelapan daripada 10 negara pendapatan sederhana tinggi dalam bidang pendidikan.
Dalam keluaran khas yang pertama kali menilai negara terbaik dunia membabitkan 100 negara, Malaysia berada di bawah Jepun (kesembilan) dan Singapura (20), tetapi di atas Thailand (58), Filipina (63) dan Indonesia (73).
Negara rantau Asia lain yang turut tersenarai adalah China (59), Sri Lanka (66), India (78), Vietnam (81), Bangladesh (88) dan Pakistan (89), manakala tiga negara teratas yang menjadi pilihan ramai adalah Finland, Switzerland dan Sweden.
Penilaian dibuat menerusi soal selidik mudah tetapi kompleks yang bertanya: Jika anda lahir hari ini, negara manakah yang menyediakan peluang terbaik kepada anda untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat, selamat, sejahtera dan maju?.
Newsweek memilih pencapaian itu berdasarkan lima kategori kesejahteraan negara iaitu pendidikan, kesihatan, kualiti kehidupan, daya saing ekonomi dan persekitaran politik.
Mengikut majalah itu, usaha menilai tahap negara terbaik dilakukan selama beberapa bulan dan mendapat bantuan lembaga penasihat termasuk pemenang anugerah Nobel, Prof Joseph E Stiglits dari Universiti Columbia.
Senarai itu menggambarkan keadaan negara terbabit pada 2008 dan 2009 dan bukan saja berkisar kepada latar belakang sejarah atau jangkaan masa depan sesebuah negara.
sumber-berita harian
sebagai rakyat Malaysia aku berasa bangga dengan ranking ini..anda plak bagaimana?hehe
3 Ulasan
Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera sempena semangat kemerdekaan negara yg akan kita sambut bulan ini..
BalasPadamtumpang bangga jugak..:)
BalasPadamAkhirnya kemajuan NegaraKU, Malaysia akhirnya diiktiraf oleh dunia...ckup membanggakan =)
BalasPadam