Mitsubishi Lancer Evolution IX

Mitsubishi memperkenalkan Lancer Evolution IX di Jepun pada 3 Mac 2005,serta mempamerkan kereta tersebut di Pertunjukan Kereta Geneva bagi pasaran Eropah pada hari yang sama.Pasaran Amerika Utara menyaksikan model tersebut dipamerkan di Pertunjukan Kereta Antarabangsa New York pada bulan berikutnya.Enjin 4G63 2.0 liter itu kini menggunakan teknologi pemasaan injap boleh laras MIVEC, meningkatkan keluaran kuasa kuda rasmi pada aci engkol pada 286 hp (213 kW) sementara kilasan pula ialah 392 N·m. Mitsubishi Lancer Evolution IX adalah model terakhir dalam keluarga Lancer Evolution yang menggunakan enjin 4G63 sebelum digantikan dengan enjin 4B11 pada Evolution X.

Evolution IX adalah model Evolution pertama dibawa masuk ke Malaysia melalui pengedar sah di Malaysia iaitu Mitsubishi Motors Malaysia. Sebelum ini, model-model Evolution yang lepas dibawa masuk melalui pengimport pihak ketiga. Spesifikasi model tersebut bagi pasaran Malaysia adalah sama seperti spesifikasi Jepun.

Mitsubishi juga membangunkan Evolution MIEV, berasaskan kerangka Evolutions IX tetapi dengan empat motor elektrik yang disambungkan pada roda sebagai ujian bagi barisan kereta elektrik akan datang MIEV (Kenderaan Elektrik Dalam Roda Mitsubishi). Motor-motor di dalam roda menggunakan pembinaan berongga seakan donat untuk menempatkan rotor di luar stator, tidak seperti motor elektrik lain di mana rotor berpusing di dalam stator. Hasilnya ialah motor yang lebih ringan yang membawa kepada beran tidak berspring yang lebih rendah berbanding sistem yang menggunakan motor elektrik yang dipasang pada roda. Setiap motor dalam roda menghasilkan keluaran kuasa kuda sebanyak 68 hp (51 kW), menghasilkan kuasa kuda gabungan 272 hp (203 kW), setara dengan model Lancer Evolution biasa yang menggunakan enjin petrol. Kereta tersebut mengambil bahagian dalam Perlumbaan Rali EV (kenderaan elektrik) Shikoku 2005.

sumber-wikipedia

2 Ulasan

  1. tunggu wajalution kluaran proton..hihi

    BalasPadam
  2. tenggelam la lancer kalau waja sejibik mcm lancer...

    BalasPadam