Tupai beraksi seperti John Travolta

WARSAW - Seorang jurugambar, Marek Paluch telah merakamkan gambar seekor tupai yang melakukan aksi seperti pelakon John Travolta yang sedang menari dalam filem Saturday Night Fever, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar yang berumur 40 tahun dan berpengalaman merakamkan imej hidupan liar selama 15 tahun itu merakamkan gambar tupai itu dekat kampungnya di Opole, Poland.

"Dalam salah satu gambar itu, seekor tupai kelihatan seperti John Travolta dalam filem Saturday Night Fever," kata Paluch.

Filem Saturday Night Fever ditayangkan pada 1977 pada era kegemilangan disko. - Agensi

sumber-kosmo

2 Ulasan