Misteri kawah aneh di permukaan planet Marikh - yusufultraman.com //]]>

Thursday, September 02, 2010

Misteri kawah aneh di permukaan planet Marikh

Misteri kawah panjang 322km di Marikh
PARIS - Saintis di Eropah bingung apabila menemui imej rakaman terbaru yang menunjukkan satu kawah aneh sepanjang 322 kilometer (km) dan selebar 145km di permukaan planet Marikh, lapor sebuah akhbar semalam.

Kawah tersebut dikenali sebagai Orcus Patera berada di antara dua buah gunung berapi iaitu Elysium Mons dan Olympus Mons.

Istilah patera biasanya digunakan untuk merujuk jurang dalam atau kawah gunung berapi. Namun, para saintis Agensi Angkasa Eropah (ESA) masih gagal mengenal pasti punca kawah berkenaan.

Saintis-saintis itu percaya, penjelasan paling munasabah mengenai misteri kawah itu adalah ia disebabkan kesan hentaman kuat oleh sebuah tahi bintang kecil yang mungkin merempuh permukaan Marikh.

Imej-imej itu dirakamkan menerusi kamera digital resolusi tinggi oleh kapal angkasa Mars Express. - Agensi

symber-kosmo

Share with your friends

---

3 comments

  1. yer ka ni otomen..mana dpt tau? tomen p kat sana ehh..hehhehe...
    anyway thks for the good info...keep it up dik...

    ReplyDelete
  2. colourful berul kawah tu.. suka aku tengok..

    ReplyDelete
  3. surface marikh kalerful ek? huhu

    ReplyDelete

Notification
This is just an example, you can fill it later with your own note.
Done