Garmin Asus A50 - Navigasi Garmin Asus A50


Navigasi Garmin Asus A50

SEJAJAR dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, telefon pintar bukan lagi digunakan untuk berkomunikasi tetapi dijadikan peranti navigasi bagi mencari lokasi atau kedudukan yang diingini pengguna.

Model terbaharu Garmin Asus A50 yang didatangkan dengan teknologi sistem penentu kedudukan global (GPS) Qualcomm GPSOne-Gen7 dapat memberi kemudahan navigasi lebih berkesan kepada pengguna.

Dilengkapi perisian navigasi canggih terbaharu, Garmin 1460, telefon pintar itu dapat memudahkan pencarian pengguna hanya menggunakan telefon pintar mereka.

Ia hanya mengambil masa kira-kira 30 saat untuk menentukan kedudukan yang dikehendaki pengguna.

Bagi memudahkan lagi pengguna, model itu juga menyediakan panduan suara. Ia memberi arahan tunjuk arah jalan dan simpang yang bakal dilalui ketika memandu ataupun ketika menggunakan laluan pejalan kaki.

Peranti pintar itu turut didatangkan bersama pangkalan data peta dan rujukan tempat menarik atau Point of Interest (POI) dengan lebih terperinci agar pengguna mudah memahami sistem navigasi.

Keistimewaan skrin sesentuh 7.7 sentimeter (sm) Garmin Asus A50 yang boleh menukar mod siang dan malam dapat memastikan pengguna selesa menggunakan peranti terbaru itu.

Alat yang bakal menjadi teman setia pengembara itu menggunakan sistem operasi Android 2.1 yang memberi kelebihan kepada pengguna melayari Internet, menghantar e-mel dan berhubung melalui laman sosial dengan mudah serta pantas.

Garmin Asus A50 yang kini sudah berada di pasaran dijual pada harga RM1,099. Untuk keterangan lanjut mengenai telefon pintar ini boleh melayari laman web http://my.garminasus.com

sumber-kosmo

1 Ulasan

  1. wahhhh wahhh wahhh..
    mcam2 ang promote skrang ekk..
    bley blanje arr mcam nie..


    NEW POST : Nurse Terlampau

    BalasPadam