Lancer Sportback - Varian Lancer sebuah wagon
SEJAK Proton melancarkan model Inspira, ramai pemilik Mitsubishi Lancer GT yang makan hati. Bukan sahaja kerana harganya yang jauh lebih murah, malah ramai wakil media yang memandu uji Inspira mendakwa kualiti pemanduannya lebih baik berbanding Lancer GT.
Paling kasihan ialah pengimport dan pengedar rasmi jenama Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd (MMM). Mereka terpaksa menjawab rasa kurang puas hati segelintir peminat tegar Lancer yang merasakan diri mereka seolah-olah menjadi mangsa keadaan. Sedangkan, apa yang berlaku adalah di luar bidang kuasa MMM.
Apa pun persepsinya, anda harus tahu bahawa tindakan menjadikan model Lancer sebagai produk terbaru Proton adalah satu keputusan bermotifkan bisnes. Pendek kata, kedua-dua pihak iaitu Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Jepun dan Proton akan sama-sama memperoleh manfaat daripada kerjasama tersebut.
Terutama dari aspek skala ekonomi dan penjimatan kos dalam penghasilan model baru. Pada masa yang sama, membolehkan lebih ramai pengguna memandu model idaman itu pada harga mampu milik.
Kolaborasi antara pengeluar kenderaan dalam melakukan proses yang dikenali sebagai rebadging kini sudah menjadi lumrah. Semuanya kerana mahu mengurangkan kos, memaksimumkan keuntungan dan jangkauan para pembeli berpotensi. Salah satunya ialah Aston Martin yang mengambil model Toyota iQ untuk menghasilkan model Cygnet.
Lancer Sportback ialah varian daripada keluarga Lancer yang mengambil pendekatan sebuah model wagon atau turut dikenali sebagai estate di pasaran Amerika Syarikat (AS).
Sudah semestinya model itu lahir dengan DNA sebuah Lancer sama ada dari reka bentuk (dalaman dan luaran) mahupun pengendaliannya. Kalau ada yang tertanya-tanya sama ada ia akan menjadi 'Inspira Sportback' pula untuk beberapa tahun akan datang, saya tidak fikir Proton mahu ambil peduli terhadap pasaran yang cukup niche ini.
Lancer Sportback merupakan model kedua yang dilancarkan pada suku keempat tahun ini selepas Pajero. Ia melengkapkan varian Lancer yang ditawarkan oleh MMM iaitu Lancer GT dan Lancer EX. Maksudnya, jika anda mahukan sebuah Lancer yang lebih berkuasa dan tidak kurang dari segi ruang kargonya, inilah jawapannya.
Dijual pada harga RM132,980 seunit, anda bakal memperoleh sebuah Lancer yang benar-benar berbeza. Enjinnya lebih berkuasa dengan sesaran 2.4 liter yang dipadankan dengan transmisi CVT enam kelajuan. Sesaran enjin tersebut adalah yang paling besar dalam pasaran segmen C tempatan pada masa kini.
Di atas kertas, enjin ini mampu menjana sehingga 170PS dan tork maksimum 226Nm. Namun sebaik pedal minyaknya ditekan, pemandu mungkin berasa Lancer Sportback agak berat.
petikan dari kosmo (Varian Lancer sebuah wagon)
1 Ulasan
menarik sangatlah menarik perhatian saya terhadap model baru proton nie... nak beli xmampu.. nak kumpul alahai.. lama lagi laa nampak gayanya aku nak pandu inspira... bila yek bila bila bila... lagi aku nak pandu kereta... (cait!! aku mana laa reti pandu kreta... bawak motor pon terkuntang kanting, niekan lagi kereta... paham2 sudah!)
BalasPadamTerkini : 20 tip Dapatkan tudung