Toyota Corolla Altis - Ciri hebat, lebih dinamik



TRANSMISI Super CVT-i dengan tujuh kelajuan memberi kelebihan kepada Toyota Corolla Altis baru yang dilancarkan, baru-baru ini.

Selain tujuh kelajuan, kenderaan itu menampilkan wajah baru dengan reka bentuk dan gaya lebih dinamik serta sporty yang menawarkan ciri hebat kepada peminat kereta.

Corolla Altis yang diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd itu turut dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan pelanggan sekali gus mencerminkan komitmen syarikat kepada pembelinya.

Jentera yang dipasang sepenuhnya (CBU) di Thailand mempunyai empat variasi iaitu Altis 1.6E, Altis 1.8E dan 1.8G serta Altis 2.0V.

Harga kenderaan itu dijual antara RM105,000 hingga RM132,000 atas jalan termasuk insurans.

Reka bentuk Corolla Altis disuntik gaya lebih dinamik dengan jeriji, lampu hadapan dan belakang yang memberi penampilan lebih sporty.

Bahagian dalaman pula dipadankan imej mewah dengan kombinasi lapisan kayu dan dilengkapi balutan kulit pada stereng serta tombol gear.

Jentera itu turut memberi penekanan aspek keselamatan apabila dilengkapi dua beg udara, ABS dengan penyebaran tekanan brek elektronik dan kawalan keseimbangan kenderaan.

Justeru, UMW Toyota Motor yakin peningkatan ciri-ciri spesifikasi itu mendapat sokongan masyarakat tempatan untuk memilih kenderaan berkenaan.

petikan metro

2 Ulasan

  1. wow.. bila lar nak dapat beli Toyota Altis nie... Mudah2an makbul..amin..

    BalasPadam
  2. beli keta dpt model tu sekali x??? :P

    BalasPadam