ViVA Elite edisi Eksklusif dilancar - Gambar ViVA Elite Edisi Eksklusif (ViVA EEE)
PUCHONG – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) semalam melancarkan varian terbaru ViVA Elite iaitu ViVA Elite Edisi Eksklusif (ViVA EEE) dengan rekaan dalaman dan luaran yang menampilkan ciri-ciri baru yang cukup eksklusif.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model terbaru dengan kapasiti enjin 1000 cc itu adalah pelengkap kepada rangkaian ViVA yang telah dikeluarkan oleh syarikat tersebut pada tahun 2007.
Beliau berkata, ViVA EEE mempunyai rekaan bergaya dengan enam perubahan rekaan dalaman dan luaran serta warna baru yang menarik.Kereta itu dijual pada harga RM42,000
“Kumpulan sasaran kami adalah pelanggan wanita dan lelaki sama ada yang tinggal di bandar mahupun di pinggir bandar. Mereka memiliki pendapatan di antara RM30,000 sehingga RM35,000 setahun,” katanya.
sumber-kosmo
4 Ulasan
karut la perodua ni, den tgk kat site, xde byk mane pon tambah, tp harge up sampai rm5000 dari elite biasa.
BalasPadamcomel edisi baru ni tapi harganya.. kena pikir 2x kalau nak beli
BalasPadamViva yang ni di sasarkan untuk yang berpendapatan RM2300-RM3000 sebulan, kalau kakitangan kerajaan biasanya yang berpangkat pegawai..
BalasPadamviva nk jd kete sedan ker...cermin la diri...jgn lah smpai harga mcm tu...
BalasPadam