Fallout: New Vegas (FNV) - Dunia pasca peperangan nuklear


Dunia Fallout
Peminat dan penggemar genre Role Playing Game (RPG) tentu sudah biasa dengan persekitaran dalam dunia Fallout.

Pemain akan menjelajah dunia pasca peperangan nuklear dengan menyaksikan tamadun manusia musnah dan sedang mengalami transformasi proses pembangunan semula.

Mekanisme permainan
Sama seperti Fallout 3, FNV memerlukan pemain untuk menjelajah padang pasir Mojave. Asas permainannya adalah bergerak dari titik A ke titik B sambil membunuh musuh yang ditemui di sepanjang perjalanan.

Pemain boleh memilih untuk menggunakan sudut kamera First Person atau pun orang ketiga. Dengan menyelesaikan misi-misi dan membunuh musuh, pemain akan diberi mata pengalaman yang dapat digunakan untuk memperkasa watak utama permainan yang dikenali sebagai The Courier.

S.P.E.C.I.A.L
S.P.E.C.I.A.L adalah akronim kepada kekuatan (strength), persepsi (perception), daya ketahanan (endurance), karisma (charisma), kepintaran (intelligence), ketangkasan (agility) dan tuah (luck).

Setiap kriteria tersebut akan membentuk keseluruhan permainan dan merupakan asas kepada watak utama pemain.

Bagaimanapun, pemain hanya boleh mengubahnya sekali sahaja dalam permainan. Pemain juga akan dibantu dengan beberapa set kemahiran yang boleh dibangunkan setiap dua tahap pembangunan yang diperoleh.

Antara kemahiran yang terdapat dalam FNV adalah Lockpick, Repair, Barter, Speech dan Melee. Perks pula adalah kebolehan istimewa seperti Heave Ho, Action Boy, Rad Child dan Lady Killer. Perks menambahkan ganjaran tertentu kepada kemahiran pemain yang bergantung kepada Perks dipilih.

Senjata
Terdapat dua kategori senjata iaitu ranged dan melee. Bagi kategori range, terdapat senjata yang menggunakan peluru biasa seperti Sawed-off shotgun, 10milimeter pistol dan repeater carbine. Senjata kelas energy weapons pula adalah seperti rifel plasma dan pistol plasma manakala kategori bom iaitu pelancar grenad dan pelancar roket.

Bagi kategori melee pula, senjata seperti spiked fist, power hammer dan pneumatic fist merupakan senjata pilihan.

Companions
Companions adalah watak komputer yang boleh direkrut pemain pada jalan cerita tertentu. Terdapat lapan companion yang boleh direkrut pemain.

Mereka akan berjuang bersama pemain dan memiliki cara pertempuran tersendiri. Mereka juga memberikan bonus yang berbeza kepada pemain.

Ciri eksklusif untuk FNV adalah sistem companion wheel yang menjadikan interaksi pemain dengan companion lebih mudah. Ia adalah paparan roda yang memiliki lapan pilihan interaksi seperti arahan taktik pertempuran, arahan menunggu, arahan perbualan dan arahan inventori.

Komplikasi jalan cerita
Dunia FNV dipenuhi dengan pelbagai jenis kumpulan manusia yang memerlukan pemain berinteraksi dengan mereka kerana penamat FNV banyak bergantung kepada pilihan pemain.

Selain daripada itu, FNV memerlukan pemain membuat pilihan moral dalam memberi kesan terus kepada permainan.

FNV adalah satu lagi tambahan yang memuaskan dalam francais Fallout. Harus diingat bahawa bukan semua gamer boleh menghargai seni, elemen dan pengalaman permainan yang dibawa permainan itu.

Grafik, kesan bunyi, lagu dan plot cerita adalah sangat baik. Bagaimanapun satu perkara yang tidak begitu menyeronokkan ialah pemain hanya berjalan kaki ketika menjelajah dunia Mojave yang luas terbentang!

sumber-kosmo

1 Ulasan