Direka khusus bagi menyalurkan kuasa dan keupayaan audio canggih dengan Beats Audio, satu teknologi canggih yang dibangunkan oleh HP dan Beats oleh Dr. Dre.

Dengan ketebalan hanya 1.11 inci dan berat 2.58 kilogram (kg), edisi HP ENVY14 Beats merupakan komputer riba HP pertama yang dibina untuk muzik dan direka khusus untuk memaksimumkan pengalaman audio semasa menyampaikan pengalaman pengkomputeran secara menyeluruh.

Pengguna boleh mendengar muzik bagaikan ada artis di depan mata dengan pengalaman mutu muzik berkualiti studio ditambah dengan pilihan fon kepala dari Monster dengan ControlTalk yang dilengkapi dengan reka bentuk pemacu terkini bagi ketepatan audio.

Direka oleh pakar bagi menghasilkan bunyi daripada fail muzik digital, edisi HP ENVY14 Beats juga menyampaikan muzik atau audio dengan jelas melalui fon kepala atau pembesar suara luar dengan Beats Audio.

Rekaan bergaya Edisi HP ENVY14 Beats menampilkan tanda nada BeatsTM Audio dalam sentuhan lembut serta aluminium hitam yang diukir halus di bahagian luar.

Papan kekunci dengan lampu latar merah gaya pulau dan tiga kertas dinding dengan tema BeatsTM juga melengkapkan rekaan komputer riba edisi istimewa.

Dengan paparan HD HP BrightView Infinity LED 14.5 inci, Edisi HP ENVY14 Beats memberikan warna jelas dan tepat bagi membawa hiburan digital kepada pengguna.

Selain itu, Edisi HP ENVY14 Beats membantu melahirkan kreativiti pengguna dengan Adobe Photoshop Elements dan perisian Adobe Premiere Elements bagi mengedit gambar dan video.

Edisi HP ENVY14 Beats serasi dengan pemprosesan terkini Intel Quad-Core dan grafik ATI Mobility Radeon HD 5650 memberikan keselesaan menguruskan tugas pengkomputeran yang lebih canggih.

Kuasa bateri pula boleh bertahan sehingga 6.5 jam dengan bateri standard lapan sel dan sehingga 13 jam dengan pilihan bateri HP Slim Fit Extended Life.

HP juga bekerjasama dengan Universal Music Group yang membolehkan pengguna meluaskan perpustakaan muzik dengan memuat turun sehingga 1,120 lagu baru (1,000 muat turun untuk mendengar sehingga 12 bulan dan 120 muat turun) apabila pengguna mendaftarkan komputer riba sebelum 28 Februari 2011.

Pengguna juga boleh menyusun dan melihat kandungan digital sendiri dengan mudah menggunakan HP Media Suite.

Bagi pencinta muzik tegar, HP dan rakan kongsi Universal Music Group juga hadir pada model HP terpilih termasuk TouchSmart600-1347d, HP Pavilion Elite HPE-498d desktop PC, HP Pavilion dm4, HP Pavilion dv6 dan HP ENVY17 3D notebook PC.-petikan utusan