yusufultraman.com - Info Semasa: Sukan, Ads Review & Lain2

Website Mengenai Info Terkini:Isu Semasa, Hiburan, Sukan, Kartun, Ads Network & Pelbagai Lagi

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012

Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya boleh mengemukakan permohonan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui permohonan dalam talian sahaja.

Permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf untuk sesi akademik 2011/2012 boleh dilakukan melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.-petikan utusan

upu.mohe.gov.my

Tarikh buka Permohonan
10 Januari 2011

Tarikh tutup Permohonan
04 April 2011

Keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012 diumumkan
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : 1 Julai 2011
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : 5 Mei 2011

Permohonan kemasukan ke IPTA adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my

Nombor Unik ID bagi permohonan kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun GIRO sehari selepas iklan disiarkan.

klik - SOALAN-SOALAN LAZIM KEMASUKAN KE IPTA SESI AKADEMIK 2011/2012
Labels: pendidikan

Thanks for reading Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012. Please share...!

2 Comment for "Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2011/2012"

dok leh pung???? STPM nyer blum buke kut..

Back To Top