Iqram Dinzly nafi ambil dadah

Sejak akhir-akhir ini, namanya menjadi sebutan ramai. Watak Ayoub yang dibawanya menerusi drama bersiri Ayoub benar-benar terkesan di dalam dirinya juga penonton.

Melihat penampilan terbarunya yang semakin kurus ada yang mendakwa anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengambil dadah. Bertemu dengan Iqram pada majlis pelancaran slot Lagenda Delima Sakti baru-baru ini, Iqram pantas menyangkal dakwaan itu.

“Saya tak perasan perubahan diri saya nie bertambah kurus. Tapi apabila ada kawan-kawan tegur badan saya nampak susut, muka nampak cengkung dan daripada situ baru saya tahu memang benar saya kurus.

“Fasal ambil dadah tu, memang tak betul sama sekali. Saya tak pernah ambil dadah dan perubahan diri saya ni kerana saya terlalu penat bekerja.

“Sebenarnya akhir-akhir ini saya sangat sibuk dengan jadual penggambaran. Saya agak terkejar-kejar ke lokasi yang berbeza.

“Ditambah dengan watak yang berbeza membuatkan saya rasa lain sangat. Walaupun penat, tak adalah sampai nak ambil dadah. Itu semua fitnah,” katanya.

Menurutnya lagi, dia hanya mengamalkan makanan tambahan sahaja untuk menambah tenaga selain mengamalkan senaman.

“Dari dulu, saya amat menitikberatkan pemakanan saya. Nak kata jaga makan sangat tu tak adalah. Tapi, kalau ada masa, saya akan buat senaman.

“Harapnya isu dadah ini tidak akan timbul lagi memandangkan memang saya tak ambil barang terlarang itu. Saya cari makan dalam dunia hiburan. Tak mungkin saya tabur pasir dalam periuk nasi saya sendiri,” katanya.

sumber- sinar harian

3 Ulasan

  1. bleh caya ke cakap artis nih?

    BalasPadam
  2. suke gile tengok muka suci ayoub...sejuk je hati.heeee :)

    BalasPadam
  3. tips kurus ni-kerja bersungguh2! tak baik tuduh beliau. Amalkan cara hidup sihat:)

    BalasPadam