Osman Ali Beri Penjelasan
Pengarah filem Osman Ali menolak khabar angin mengatakan seorang pelakonnya hangus terbakar sewaktu melakonkan satu adegan aksi menerusi filem arahannya, Bara Jiwa, Selasa.

Osman berkata, pelakon yang dimaksudkan, Rafie Hussein, 24, hanya mengalami kecederaan iaitu melecur di tangan, badan serta hidung akibat kegagalan mengagak tempoh masa untuk menyelamatkan diri ketika aksi kebakaran sebuah gerai dalam filem tersebut.

"Memang salah seorang pelakon saya melecur akibat terkena tempias api tapi bukanlah sampai terbakar satu badan seperti yang dihebohkan.

"Kejadian itu memang benar-benar mengejutkan semua krew termasuklah pelakon-pelakon yang berada di lokasi tersebut. Kalau nak diikutkan, kami telah berlatih banyak kali sebelum merakam babak tersebut.

"Apa-apa pun, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana ia di luar jangkaan masing-masing," katanya

petikan/lebih lanjut mstar (Pelakon Mati Terbakar? Osman Ali Beri Penjelasan)