BlackBerry Torch 9800 & BlackBerry Curve 3G - Warna baru lebih menawan

BlackBerryWarna baru lebih menawan

BERITA gembira buat peminat telefon pintar BlackBerry® Torch™ 9800 dan BlackBerry® Curve™ 3G berikutan ia kini dikeluarkan dalam pelbagai warna baru.Bagi BlackBerry® Torch™ 9800 ia kini hadir bersama dua warna baru iaitu merah dan putih yang pastinya merupakan pilihan warna yang amat menarik berbanding sebelum ini.

Manakala bagi BlackBerry® Curve™ 3G pula menawarkan warna perak terang dan merah jambu.Namun, ia masih mengekalkan aplikasi dan kelebihan yang sedia ada pada kedua-dua telefon pintar tersebut.

Seperti biasa, bagi Bagi BlackBerry® Torch™ 9800 ia masih mengekalkan kombinasi skrin sesentuh yang luas dan papan kekunci belakang yang boleh di luncur keluar.

Malah ia turut dilengkapi bersama kamera lima mega piksel bersama aplikasi auto fokus, penstabil imej, 'scene mode' dan pemfokusan yang menyokong rakaman video.

sumber-utusan

1 Ulasan