Proton R3 Satria Neo

Model Proton R3 Satria Neo dibangunkan untuk keseronokan memandu yang dinamik dan ia dijual pada harga RM79,797 atas jalan termasuk, cukai jalan dan insurans.

R3 Satria Neo dibangunkan oleh Bahagian Permotoran Sukan Proton menerusi jenama Race, Rally, Research (R3) dan kereta itu itu mudah dikenali berdasarkan warna merah menyala di bahagian luar dan bumbung hitam.

R3 Satria Neo merupakan lanjutan kepada pembabitan Proton dalam perlumbaan motor dan melaluinya ia dijangka dapat memenuhi permintaan pelanggan dan peminat yang mahukan kenderaan yang dibangunkan khusus untuk prestasi selain kegunaan harian.

petikan/lebih lanjut kosmo (Warna unik popularkan Proton R3 Satria Neo baru)

Proton R3
Satria Neo baru