SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Petanda seseorang mempunyai saka
Gejala waktu tidur
-Susah tidur malam.
-Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
-Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
-Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
-Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
-Mimpi melihat budak kecil.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
-Selalu pening kepala.
-Lalai mengingati Allah SWT
-Sering lesu dan malas.
-Rasa sakit di salah satu anggota badan.
-Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi utama.
-Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
-Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
-Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
-Mudah marah dan panas baran.
-Emosional dan terlalu sensitif.
-Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
-Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
edit/petikan/lebih lanjut metro(Jasad terseksa di hujung usia)
66 Ulasan
menyusahkan keturunan je bela saka ni
BalasPadamfuhh seram jgk bc entry ni tapi nak buang saka ni cmner plak?
BalasPadamzaman dulu-dulu mmg rmi yg bela..sbb nk tolong kebun,jaga umah mcm2 lagi..tpi bila owner da mnngal,masalah kpd waris la..dosa oo...
BalasPadammemang kesian pada generasi muda yang ada saka nih hasil peninggalan dari bapa atau atuk atau org tua terdahulu...
BalasPadamapa kesan pembelaan saka di usia muda dan tua? Adakah ia boleh memberi kesan pada rahim semasa mengandung? dan ia boleh menyebabkan seseorg itu lumpuh?
BalasPadamsusah gak ada saka ni..saya pun ada saka gak.memang sengsara.bnda ni bukannya kta mintak p dturunkan dr keturunan ke keturunan.masa ni tgah tunggu nak berubat dr ustaz.doakan je lah pas ni saya sihat+selamat
BalasPadamwoit..bahaya saka2 ni...btw..ada kontes kat my blog,,
BalasPadamjgn lupa join yer...:)))
Salam!
BalasPadamSaya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi artikel di atas. Sebenarnya, saya baru dapat tahu beberapa hari lepas yang saka milik nenek-moyang saya telah memilih saya untuk dijadikan sebagai tuan baru. Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas, saya telah mengalami hampir 90% daripadanya. Antara yang terbaru - mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan serta terpijak sesuatu di bawah tapak kaki... Saya dapat merasakan saka ini semakin lama semakin kuat... Malah, ia juga kerap mengganggu kawan-kawan di sekeliling saya... Ketika saya sedang menaip komentar ini, benda itu juga sedang memerhatikan saya dan membuat pelbagai bunyi untuk menakutkan saya... Sekarang, saya sedang berusaha untuk bertemu dengan seorang ustaz untuk berubat. Doakan saya berjaya...
Berita tak baik tu....zaman sekarang ramai yang tak percaya sume2 tu. Tapi hakikatnya benda tu memang ada....dan tanpa sedar kita mewarisi benda tu. Bawak berubat dengan pengamal perubatan Islam n nasihat saya beli buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat2 dan Doa2 Mustajab" oleh Dato' Harun Din. Harga @ RM16.90 saje. Semoga berjaya...
BalasPadamerr... jauhkan dr saya.. amin~
BalasPadamSaya pun tgh mengalaminyer ni. Dan saya tgh berubat gak ni. Moga2 saya bebas
BalasPadamsy nk tnye kalau nenek tu mkn najis sendri..ape plak maknenye..ade saka kah..tlog sy..dia mkn selera..tp tk laratt..jln pon tk leh dah..beratt ...bler nk angkt..hmm..sian nenek
BalasPadamas salam..cb hbgi pak razak di bndr baru bangi,slgr.isyaALLAH mudahan boleh sembuh dgn izn ALLAH TAALA..0193981461..
BalasPadamsaya baru 21 tahun, dalam proses membuang saka. rupanya moyang saya dulu pakai saka untuk kecantikan dan tundukkan suami. orang tengok dia macam terlampau cantik dan perfect. dia boleh buat orang dengar cakap dia. tapi saya tak nak. duniawi semua tu. saya tak nak jadi hantu tu marah. dia ludah kat muka saya. habis muka saya naik jerawat yang tak akan masak. dia timbul je banyak banyak. kalau picit darah kotor keluar tak habis habis. eii, menyusah kan betul lah.
BalasPadamMohon mencelah dengan hormat.
BalasPadamPenerangan saka di atas memang betul tetapi itu HANYA penjelasan sebahagian berkenaan saka.
Saya suka untuk berkongsi pandangan ttg pengertian saka secara meluas. Skop yg disentuh oleh penjelasan saka di atas tidak menyeluruh.
Untuk memahami, SAKA itu bermaksud WARIS. Jika ditambah imbuhan ia akan menjadi PUSAKA. Apakah yg diwariskan? Apakah yg konteks atau isi utamanya?
Jawapannya adalah ILMU...saka itu BUKAN makhluk tetapi adalah Ilmu yg diwariskan atau diturunkan kepada keturunan atau orang lain.
Apakah ilmu itu? Maka Ilmu itu terbahagi kepada dua-Ilmu dunia dan ilmu akhirat...
Apa yg sering dikaitkan dgn SAKA? jin, jembalang, hantu raya, pelesit, hantu tinggi, polong-ini hanyalah makhluk yg sepatutnya menjadi 'khadam' atau 'hamba' kepada pengamal2 ilmu sesat/hitam yg nak kuat, nak cantik, nak kaya, nak berkuasa, nak dihormati...tetapi kerana org yg menuntut ilmu ini telah mati dan tidak pula memberitahu anak cucu tentang MANTERA pemati ilmu yg dipelajari, maka sebab itulah hantu2 belaan ini mengikut keturunan yg seterusnya...lantas hantu2 ni pulak yg menguasai manusia!
Berbalik kepada Ilmu tadi, ada ilmu akhirat-sufi, tasawuf, ilmu perang, ilmu sabillillah...maka ada waris2 terdahulu yg mempelajarinya dan ada yg menjadi wali2 Allah...itu juga adalah SAKA tetapi tidak mewariskan kejahatan atau mahkluk2 sesat...
Harap kita semua jangan mengecilkan skop/pespektif ttg masalah SAKA ini hanya kepada perkara2 belaan semata2...takkan jumpa penyelesaiannya jika kita TIDAK melihat usul...kerana sebelum adanya Asal diri...usul diri yg wujud dulu!
Wallahualam!
Assalamualaikum hanis,
BalasPadamSaya ni nak kongsi pengalaman dgn hanis. Penyakit ni semuanya daripada Allah Taala. Apa pun punca dia tak menjadi hal bagi kita orang mukmin. Semua makhluk pun ciptaan Allah Taala termasuk malaikat, jin, syaitan, manusia. Bila sakit kita ikhtiar dgn cara mengikut syariat. Disamping itu kite kene sabar dan tawakkal. Itulah perintah Allah Taala. Adalah menjadi kecacatan bagi seorang mukmin bila dia ade rase takut kepada sesuatu selain Allah taala.
Jadi ujian ini kite hadapi dengan penuh keimanan. kite tak usah terlalu memikirkan tentang penyakit tu samada saka, kuman, jin atau mcm2 lg. Cuba hanis ambil daun bidara tumbuk dan tampal kat muka yg jerawat tu buat bedak sejuk. Insyaallah berkesan drp pengalaman saya. Selalu buat mandian daun bidara. Kalau masih tak berkesan, hubungi saya 016-4369630.. Email: nizambidara@gmail.com..
saya mengalami nasib yang sama.....sekarang sy mengandungkan ank sulong, selepas tahu saya berbadan dua saya mula membenci si suami, perasaan marah yang teramat sangat, mimpi ngeri, perasaan takot bila di dalam rumah kerana ia mengganggu saya. Hidup saya tiodak amat dan sering bertengkar dengan suami. Bila pergi berubat, perasaan marah itu semakin menebal, semangat untuk melawan beretumbuk semakin kuat. Apabila nak solat menjadi malas, mengantok, marah x abis-abis......saya yakin dan pasti ini bukan bawakan baby dalam kandungan.Dan saya juga perasaan saya bolh membaca fikiran seseorang, dan tahu apabila family saya pergi keluar berubat tanpa pengetahuan saya, bantulah saya
BalasPadamsalam.. sy nak bertanya mengenai saka ni. Ia terjadi kpd kwn baik saya. saya hanya mampu melihat dan nak membantu, tetapi sy x tahu macamana caranya. seperti ciri-ciri di atas, blh dikatakan semua tu dia ada dan kebetulan sy sendiri melihat peralatan dia spt keris, kain kuning,alat perhiasan dan bacaan. Sy perhatikan sikap dia tu, mmg terlalu cepat marah dan sentiasa betul walaupun dia yg salah. mcmana sy nk membantu dia? masalah nya, dia sediri mcm lbh senang dan nampak terlalu percaya dgn benda tu. ape yg sy tahu lg, dia mggunakan bnda tu utk nampak hebat, blh buat org rasa kasihan dan jatuh syg pada dia. sy kasihan tgk keadaan dia. sy nk mmbantu, tp sy x tahu cara.. blh ker?
BalasPadamAssalamualaikum tuan mmg benar apa yg telah tuan paparkan dan kita sebagai seorang manusia perlu tahu dgn apa yg berlaku pd diri kita , keluarga kita dan sekeliling kita. kita juga perlu berusha untuk membuang segala yg tidak elok yg berada pd diri kita supaya segala kebaikkan dan ketenangan dapat kita rasai. Alhamdulillah selepas sy menjalani rawatan saya rasa lebih tenang dan yakin, tidak seperti sebelum ni sy seorang yang amat panas baran dan selalu bermasalah, sekira ada sebarang persoalan blh hubungi no ini : 0169955322
BalasPadamSaya dan anak saya tertekan selama 14 tahun disebabkan Saka dari isteri saya, selama 14 tahun setiap bulan ada saja yg hendak menjadi tegang atau gaduh, saya memjadi lost confident pada diri saya pada mulanya, tapi lama kelamaan saya mula kaji kelakuan isteri saya. Seperti orang tidak siuman, selalu lupa, malas, lupa masak, lupa kasi makan anak, bangun tidur hingga 9.30 - 10.30am setiap pagi, sehingga dua anak saya yg beri makan pagi, berbulan sampai satu masa saya tegur perang besar. layari Facebook dari 11pagi hingga 2 petang lupa masak tak kasi makan anak. Sayur ikan ayam dalam Icebox berminggu terbiar hingga sayur yg hijau sampai kuning kering pun tak dibuang dlm peti sejuk ini belaku dah bertahun tahun lama nya. bila saya teguh jadi perang besar. pada mula nya sedar tetapi selepas seminggu dua lupa lagi. Sentiasa cakap dia saya yg betul, sedangkan pelajaran darjah 6 pun tiada. Orang lain saga yg salah. Dah jumpa Uztaq Tv3 dlm program Tanyalah Uztaq. tapi tak sampai seminggu semua ayer yg Uztaq beri dia buat tak tahu. Sekarang kes masaallah dah bawa ke pusat Islam Johor, Penasihat Uztaq sana yg suruh berubat yg isteri saya ada Saka. Sekarang sedang berubat di Kulai jaya Kg. Rahmat atas suruhan Pusat Islam Johor. Perkataan yg pertama " Awak ini Orang yg paling betul dlm dunia ini" Kedua " Saka daripada Ibu Bapa nya " Semua Kakak nya ada Saka " Sekarang masih ada kelakuan nya belum sembuh betul Bila jumpa ahli keluarga sebelah dia, balik rumah dtg balik kelakuan yg lama nya. Tak tahu berapa lama bolih tahan Saya dah mula merasa Ini sangat meyusahkan hidup saya.
BalasPadamohh...macam ni rupanya..
BalasPadamkbnyakkan dari artikel di atas saya mmng sedang alaminya ... blh dikatakan pd tiap2 mlm2....tp still tak sure la hal ni bkaitan dgn saka tu or tak... hopefully takmau la...
BalasPadamEn Baj....boleh ke tolong bagi no telefon perawat tu ..
BalasPadamtk
minggu lepas sy dapat tahu dari seorg ustaz sy juga adalah WARIS....sedih tak terkata.
BalasPadamsebenarnya dah rasa mse zaman universti lagi. mcm ada yang tak kene pada diri. tapi tak brani nak cakap dgn spe takut di katanya sy tipu atau gile.....labih 90% saya mengalami apa yang ditulis dalam artikel di atas. paling sakit bila bgn tdo tulang belakang sakit. mcm nak patah pinggang rasa. insyaallah minggu depat bermula rawatan dengan ustaz. harap kawan2 dapat doakan sya....sesungguhnya yang baik tu datangnya dari Allah...dan yang buruk itu adalah kesan dari perbuatan manusia....
salam. sekarang,saya dalam situasi bingung. sebab, baru2 ni, saya ada mimpi digigit ular dan menyusukan anak dan beberapa mimpi seram dan pelik. saya dapat tau yg ia ada kaitan dgn saka. tapi, saya xpasti. saya takut nak tanya sape2. dan ya, saya ada tanda2 sprti yg dikatakan dlm artikel ni. betul ke sy ada saka? sebab, setahu saya, family saya xda yang berkait dgn saka2 macam ni. emm, satu lagi, tapak kaki saya selalu berdenyut kuat dan selalu sakit belakang. hmm, adakah ini semua berkaitan? tolong la saya. terima kasih.
BalasPadamAssalam. En BAJ, ayah saya dh berumur 83 thn dan jatuh sakit lebih semggu. Ustaz yg mengubati memberitahu ayah saya ada saka dan saka tersebut menganggu ayah saya dipenghujung nyawanya. Saka tersebut sering berjaga mlm tsnpa tidur berckp perkara yg tidak kami fahami. Boleh tak bsntu kami.
BalasPadamEn. Aman, anda boleh cuba hubungi Baitussyifa D'Mohamad semoga ada jalan sekiranya dia dapat membantu. Setahu saya dia tidak beroperasi buat masa kini dan menolak sebarang rawatan, tetapi sekira anda benar merayu dengan ikhlas hati , mungkin dia sudi. Nasihat saya sekurangnya minta jumpa untuk scan bagi mengenalpasti punca masalah dan sekiranya dia setuju dapat jumpa,tepatilah janji. setelah scan , rayu kepadanya untuk dirawat. Apa kos yang anda bayar insyAllah berbaloi. Awas ! jin dari pesakit akan mempengaruhi supaya kita tidak mahu datang dan sebagainya kerana jin jin itu tahu mereka akan tumpas nanti dengan izin Allah. Hubungi En. Mat melalui sms ( bukan panggilan ) ceritakan masalah dan nyatakan niat iklas saudara . Saya doakan anda berjaya.
BalasPadamHawa, sila rujuk jawapan saya kepada Aman Sinar diatas, Saya doakan masalah ayah saudari dapat diselesaikan, insyAllah.
BalasPadamassalamualaikum. saya berumur 22 tahun. saya juga terkena saka. sudah 3 bulan saya mengalaminya. dan bermacam-macam cara sudah saya buat utk mengeluarkan saka tersebut. saya juga sudah mencuba rawatan ruqyah tapi saka tersebut masih ada di dalam badan saya. apa yang saya boleh buat hanya berdoa setiap kali habis solat dan bertawakal kepada Allah kerana perkara ini hanya berlaku dengan keizinan Allah s.w.t.
BalasPadamSekarang saya masih lagi mencari perubatan utk mengeluarkan saka ini. Semoga saya akan dapat petunjuk daripada Allah s.w.t utk mengeluarkan saka ini dan sembuh spt sedia kala .Insya Allah.
Berdoa di dalam nama Isa Al-Masih@ Jesus Kristus...saya jamin 100% anda sembuh.
BalasPadamasalamualaikum,
BalasPadamsya penah mimpi dalam mimpi.dimana sya mimpi ade seekor serigala hitam hendak masuk ke rumah dan sya terbangun dari mimpi tersebut tpi sebenarnye sya dlm mimpi dan melihat serigala hitam itu sekali lgi ..mimpi yg sama di mana serigala itu hendak masuk ke rumah.apakah maknanya?)
Salam.. Saya nak tanya mengenai SAKA ANGIN ada x ? Apa tanda2 dia ?
BalasPadamdalam islam mana boleh berdoa kepada jesus....
BalasPadamnasib awak sama dengan saya.........menyusahkan hidup kita
BalasPadamBoleh bagitahu mcmana nak jumpa perawat yang di maksudkan
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamklik baitussyifa d'mohamad atau hantukiller.blogspot , dapatkan tel untuk berhubung. mereka ini insya-Allah ada kelebihan dan kepakaran berbeza dengan yang lain lain. Dalam kes berat kriteria utama perawat mesti boleh nampak jin jadi jin tidak boleh selindung, kedua mesti boleh pancung dan nampak jin itu putus terkulai dll. Setakat baca baca, scan rasa hangat, kerat dengan ranting kayu gesel gesel tapi tak nampak, jin didalam badan senyum saja. Apa yang saya cakap ni realiti sebenar, bukan nak perkecilkan sesiapa. Baguslah ada perawat Islam mencuba cuba tapi harus mantapkan lagi. tapi kena ambil tahu berapa pesakit dah sembuh, ini banyak cerita sedap untuk tarik pelanggan peratus kesembuhan amat kecil dalam kes ringan. Ada kawan boleh nampak jin senyum dalam badan pesakit perempuan apabila ustaz baca diatas kepalanya, jin tidak lari keluar. Selamat berjumpa.
BalasPadamciri2 kt atas tu kbanyakkan sy pn alami jgk. kdg2 rasa ada org tgh tgok, ikut belakang, intip. mcm2 lg bnda pelik slalu trjadi, sape yg suka kn... saka ke tu?
BalasPadamsudah kah anda keluarkan saka tersebut. dimana anda berubat. Terima kasih
BalasPadamsaudara, saya pun ada saka. beratusan/ beribuan sy habiskan utk buangnya, tetapi ada seorang hambaAllah tak mahu mengubat sy kerana dia mengatakan benda sy berat. sehinggakan satu hari sy mula giv up. Kadang2 saya sampaikan solat hajat minta dilenyapkan. tetapi benar juga kata sestengah pihak, jin pun makhluk Allah. saya cuma sentiasa berharap dan berdoa jika dia nak mendampingi sy, sy tak kisah, asalkan dia muslim, tak ganggu, menyakiti, menyusahkan sudah. alhamdulillah so far sy non stop solat, zikir, lyn youtube amibil surah2 pendek buat zikir walaupun lepak dgn member kat kafe. semuanya tenang. dan skrg ini sy amat berpuas hati segala cabaran dan dugaan br la saya rasa diuji oleh Tuhan, bukanya gangguan pihak ketiga
BalasPadamAdakah saka itu dialami oleh bangsa bangsa selain Melayu ?
BalasPadambiar betul nie... pasti ke, jangan salah info da.. :)
BalasPadamAssamualaikum, saya nak bertanya tentang rawatan it sendiri. Saya tahu tidah salah kita meminta pertolongan dengan ustaz kalau bermasaalah dan ustaz itu boleh menolong kita dengan ayat-ayat suci. Tetapi sekarang ustaz itu mengatakan ibu anda yang menghantarkan barang itu, bolehkah kita percaya ustaz itu 100% kerana saya terasa seperti itu mengaibkan orang dan akan menimbulkan masaalah sekiranya ramalan itu tidak betul. Memang betul ke tuhan memberI segelintir manusia berkebolehan mengetahuI benda jahat tu datang Dari siapa? Adakah saya tahyul kalau mempercayai kata-kata ustaz itu?uau mempercayai
BalasPadamBersabarlah... dekatkan diri dengan Allah s.w.t. Tiada jalan mudah untuk kembali kepada Allah s.w.t. mungkin selama ni kita terlupa atau lalai dengan suruhanNya. Orang lain dugaanNya kemiskinan, kesempitan hidup, susah makan minum tempat tinggal,kita pulak duit ada, tapi ini pulak dugaanNya.. Bersabarlah...dari Allah s.w.t kita dan segalanya datang, kepadaNyalah jua kita kembali. Mari beramal... Insyaallah setiap penyakit ada ubatnya...
BalasPadamSalam..sekarang saya mengalami masalah saka..da byk tpt berubat..seorang ustaz beritahu saya, saka tidak boleh dibuang ..die akan pergi dgn sdri bila abis perjanjiannya.tetapi saka hanya boleh disishkan dari seseorg yg mengalaminya.
BalasPadamAkn tetapi seorang pakcik yg jga perawat saya jga berkata perkara yang sama..dan ikot ape kemahuan jin itu jika nak buang.jujurnya saya selalubtrrtekan dgn keadaan ini.
Assalamualaikum....
BalasPadamSaya ade tanda kesemua di atas tu ...pernah mimpi jatuh dari tempat tinggi...pernah mimpi yg mengerikan...
saya tak pernah pergi check kat ustaz mane2 lagi...
Dan baru baru ni,anak saya terkena gangguan..berubat,dah elok sekrg...
mak saya dari minang indonesia..kakak, saya pernah kate kat saye yg nenek saye ni ade saka...tapi,mak sy
kate tak ade...Bolehke,kalau belaan arwah nenek saya yg dari seberang tu dtg cari pewaris Die kat semenanjung ni..??ade yg kate,kalau terpisah lautan ,saka tak akan boleh mencari keturunan yg terpisah lautan...belah suami saya pun ade saka juga...sepupu die baru ni pun lepas berubt
Kat pusat manarah....??saya dan suami dah pening kepala tak tahu nak cari mane, org yg boleh scan tgk kan
Sama ade saya Sekeluarga ade tak kene gangguan saka....tlg,siapa yg boleh saya hubungi..untuk berjumpa tuk dpt kan jawapan...
terlupa lagi satu perkara. saka ini tidak boleh dibunuh atau dibuang tetapi boleh dibuangkan dari badan kita sahaja. gila korang nak bunuh jin?
BalasPadamsila baca post saya kerana saya dah berubat
BalasPadamsila baca post saya. saya baru buang saka
BalasPadamdan juga baca post Baj oct 19 2011
BalasPadamdan juga baca post Baj 19 oct 2011
BalasPadamsalam..... banyakkan solat ,zikir dan puasa sunat
BalasPadamzikir-istighfar 4000 kali sehari
selawat atas nabi muhammad
insyaallah
nak tnye,,,
BalasPadam1)kakak kpd kwan saye mempunyai saka,,skrg akak tu dh jatuh sakit teruk,,,,sekirenye akak tu mninggal,,adakah saka tu bpotensi diwariskan kpd kwn saye?
2)sye dpt tahu saka memilih tuannye sndiri,,sejak dilahirkan lg,,ape ciri2 org tersebut shgga kan die terpilih?
3)knpe saka nak sakiti tuannye sendiri???......
answer
BalasPadam1) yup.
2) depends
3) because they were born to ruin us. part of their responsbility. and then our ancestor made a promise before we were born. 1001 kind of stories about saka ni. nak dipendekkan. dari Dia kita dihidupkan takkan bila kita nak meninggal nak bawa teman?
salam semua.
BalasPadamKepada sesiapa yang nak buang saka blh hubungi saya.
InsyAllah sama2 kita doakan. Moga2 doa anda semua termakbul.
Amin...
zul 019-6697754
Bahaya betul Saka ni . Sampai kuturunan orang yang bela tu pun kena.
BalasPadamada juga saka yang tak menyusahkan keturunan... macam saka harta.. semua keturunannya akan dapat harta pu SAKA.. hehhehhe
BalasPadamdh ok ke skrg ni..?
BalasPadamanta benar
BalasPadamsalam, boleh siapa2 kongsikan pengalaman selepas membuang saka. saya mengalu2kan sebarang pengalaman, perubahan dan ciri2 positif.
BalasPadamterima kasih
as salam encik din,,
BalasPadamboleh berikan alamat dan no telefon tempat encik berubat di kampong rahmat kulaijaya pada saya?sbb ayah saya sedang sakit kuat,,saya hendak pergi berubat ke sana kerana berdekatan dgn rumah ayh saya di daerah kulai juga,tq
Salam semua.
BalasPadamMemang benar Saka keturunan ini Amat menyeksakan.
Hampir 22thn amat pedih. Nak berubat amat takut kena hentam balek.
Dengar aje hospital belum pergi lagi dah x tentu Arah.. Orang meninggal lagi teruk..terus menusuk hati takut nak buang air pun ajak isteri teman. Segala gala diganggu. Nak sembahyang diganggu mcm2 Rasa nak tumbang.. Teruk sangat Rasa nya.. Tak tenang tak tenteram perkara kecil pun bertekak.. Lagi berubat lagi teruk.. Kata tak boleh buang cuma boleh pujuk aje.
Pernah berubat pujuk Saka. Tapi baru aje bertanya belum berubat dah teruk dihentam nye.. Dah ubat tetap dtg semula. Nak pergi kerja diganggu agar jgn kerja. Dlm perjalanan kepjbt boleh patah balek rumah. Dilwn dgn zikir sambil memandu..kdg2 berjaya kepjbt..kdg2 tewas..apa nak buat. Ramai nasehat mcm2 tapi kdg2 x terdaya.
.teramat seksa rasa nya.
Dah beribu berhabis berubat..dah puas dah sana kemari. Kata aje nak buang dah x tentu arah belum berubat lagi. Orang x kena orang x tahu. Yg merasa pasti amat terseksa merana seumur hidup. saya mohon jika ada hamba allah yg mahu berkongsi cerita serta jln terbaik utk mengubati penyakit ini. Amat terseksa.Maaf dipinta jika terkasar bahasa.
wasalam,
Dani.
Salam semua.
BalasPadamMemang benar ia amat menyeksakan zahir batin.
hidup dirundung duka. Takut lemah semangat musnah kehidupan.
Takut bila sebut pasal hospital terutama ada kematian
amat seksa..nak solat malas nak kerja malas. Dlm perjalanan ke opis boleh patah balek rumah. Di lawan dgn zikir kdg2 berjaya tapi selalu nya tewas.. Ambil wuduk rasa nak tumbang.. Sdg solat rasa nak tumbang..x tentu arah x tentu rasa. Naik angin hati x tenteram runsing tanpa sebab. Sebab kecil jadi besar. Buat ape pun cuba bisnes ape pun x jadi. Musnah gara2 hilang keyakinan tiba2.. Itu x boleh..ini x boleh. Entah ape yg boleh pun x tahu.
Mohon jika ada yg lebih berpengalaman zikir ape yg terbaik..
Kdg2 kaki panas pijar bila pgang sejuk mcm air batu. Pernah rendam kaki dlm baldi berisi airbatu.
Terkasar bahasa mohon ampun.. Mohon bantuan...
Oh ye.. Adik saya juga begitu... Nak ke klinik hospital takut..x tentu arah... Saya mohon jika ada tempat terbaik utk berubat walaupun amat takut utk berubat...semuga illahi menolong sesama kita yg hadapi masalah ini agar sembuh segera dan dpt hidup dgn penuh ketenangan di dunia juga dpt beribadah dgn izin illahi.
Wasalalm
Kita kena perkara yg sama. Blh contact sy 0176587741
PadamSalam,
BalasPadamHarap dpt kongsi pengalaman
sye kdng3 de gk cri3 mcm 2 gak , adkah sye de saka gak k ? please tlg jwpkn ?
BalasPadam