LG Optimus 2X - Layari Dunia Maya Lebih Pantas



MEMPERTARUHKAN pemproses dual core, telefon pintar baru keluaran LG, Optimus 2X kini lebih pantas melayari dunia maya sekali gus memberi kepuasan maksimum kepada pemiliknya.

Turut dilengkapi skrin NOVA seluas empat inci dan ketebalan badan hanya 9.2 milimeter (mm) memberikan suatu pengalaman menarik kepada pemiliknya bagai tiada yang serupa dengannya sebelum ini.

Namun, 'bintang' sebenar bagi telefon pintar ini adalah pemproses NVDIA Tegra 1 GHz dan 512 RAM dimuatkan ke dalamnya.

Teknologi ini membolehkan pemiliknya melayari Internet dengan lebih pantas dan mudah.

Bagi tujuan rakaman gambar, Optimus 2X juga dilengkapi kamera 8 megapiksel (MP) juga flash LED bagi rakaman biasa namun ia juga mampu merakam gambar makro.

Menggunakan platform Android 2.2 Froyo, Optimus 2X merupakan antara telefon pintar yang membolehkan penggunanya memuat turun apa jua aplikasi melalui Android Market dengan lebih mudah.

Seterusnya, paparan skrin sesentuh yang luas memastikan kepuasan bermain permainan interaktif sama ada secara Online mahupun yang dimuat turun dengan lebih menarik.

Optimus 2X boleh didapati di pasaran dengan kadar harga RM1800 dan secara kontrak dengan mana-mana talian yang terdapat di negara ini.-sumber-utusan

0 Ulasan