Cuba kita renungi kisah seorang pemuda yang meminum arak pada zaman Umar,pemuda itu menyorokkan arak di sebalik bajunya,kemudian semasa hendak diperiksa oleh Umar,dia menyatakan yang disoroknya itu adalah cuka.Dia sangat takut,lantas berdoa dalam hatinya, "Ya Tuhan,jangan engkau beri aku malu di hadapan Umar,jangan engkau buka rahsiaku kepadanya, aku berjanji tidak akan minum arak selamanya." Apabila dia diperiksa oleh Umar,ternyata memang benar arak tadi sudah bertukar menjadi cuka.

Apabila diperhatikan dalam kisah sejarah ini,sesiapa sahaja yang mahu berubah pasti mendapat pertolongan daripada Tuhan.Di dalam Islam,terdapat konsep taubat yang memudahkan penganutnya memulakan lembaran baru dalam hidup.Nabi Muhammad berkata yang bermaksud,"Orang yang bertaubat daripada dosa,bagaikan orang yang tidak berdosa."Tetapi, taubat ini mestilah dilakukan bersungguh-sungguh dengan tidak mengulangi perangai dan sikap buruk seperti sebelumnya.

Gagal adalah perkara yang biasa.Tetapi,kita mesti bangun semula untuk berjaya.Menggunakan kegagalan bagi memperoleh kejayaan adalah sikap yang positif. Kejayaan yang kita peroleh selepas kegagalan,menjadikan kita benar-benar menghargainya.

Contoh Kisah seorang pelajar yang menggunakan kegagalannya untuk kejayaan.Semester lepas keputusan aku jatuh merudum.kenapa?Aku kena check balik dan post moterm sebab kegagalan aku.Apakah masalah aku?Aku kena senaraikan sebab-sebabnya dan mengambil tindakan.Akhirnya, dia mendapat keputusan cemerlang.
Dalam kisah tadi, pelajar itu sudah melakukan analisis pada keputusan peperiksaan dan sebab kegagalannya.Mengenal pasti sesuatu yang tidak kena,mengambil tindakan dan mengatur strategi adalah sesuatu yang positif yang hanya dilakukan oleh orang yang positif untuk berjaya dan cemerlang sahaja.
~selamat berjaya para pelajar yang dikasihi & teruskan perjuangan anda untuk menuntut ilmu~