Syarikat elektronik, Sony memperkenalkan jam tangan yang boleh melayari Intenet menggunakan aplikasi sistem operasi Google, Android.

Menurut Sony, SmartWatch boleh melayari Internet melalui sambungan tanpa wayar menggunakan teknologi Bluetooth ke telefon pintar Android.

Jam tangan berharga AS$150 (RM465) itu boleh dibeli di Internet dan kedai Sony.

Presiden unit pelanggan Sony Mobile Communication, Paul Hamnett berkata, SmartWatch menyediakan akses kepada bahan kandungan dan hiburan secara langsung.

Katanya, SmartWatch boleh bertukar daripada memaparkan masa kepada skin sesentuh untuk melayari Internet.