Menolong Orang Zalim & Yang Dizalimi

Hadith
Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi”, berkata seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” jawab baginda, “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya”.

Riwayat: Bukhari

Huraian Hadith
Orang Islam wajib menolong saudaranya yang dizalimi.

Orang Islam wajib menahan dan mencegah saudara seagamanya daripada melakukan kezaliman. Inilah yang dimaksudkan dengan menolong saudara yang zalim, kerana dengan menghalangnya daripada kezaliman bererti kita telah menyelamatkan daripada dosa dan azab.

Islam ialah agama yang menentang kezaliman dalam apa-apa bentuk sekalipun sama ada berpunca daripada orang-orang Islam sendiri atau daripada yang bukan Islam.

sumber-http://www.islam.gov.my

0 Ulasan