Pada tahun ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan berkongsi pengalaman baru berpuasa dan mengaji bersama seorang ustaz yang tidak dikenali. Pada awalnya Upin & Ipin rasa berat hati untuk ke kelas itu setelah ditakut-takutkan oleh Kak Ros.

Tapi lama-kelamaan, mereka semakin seronok untuk ke kelas mengaji dan semakin rapat dengan ustaz. Banyak perkara yang diajar oleh ustaz semasa kelas mengaji menjadikan kelas mengaji mereka begitu menyeronokkan.