Hadith
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang berusaha membantu janda dan orang miskin seolah-olah berjuang dijalan Allah” dan aku kira baginda telah bersabda,
“Seperti orang yang bersembahyang malam tetapi tidak berasa letih dan seperti orang yang berpuasa yang tidak berbuka (tidak rasa lapar)”.
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Huraian Hadith
-Orang Islam yang membantu janda dan orang miskin untuk memperbaiki keadaan dan menjaga mereka adalah sama dengan pahala mereka yang berjihad atau yang sentiasa sembahyang dan sentiasa berpuasa kerana memerlukan kesabaran yang kuat dan kadang-kadang terpaksa mengeluarkan wang dan harta.
-Golongan janda dan orang miskin adalah dua golongan yang dianggap kurang bernasib baik oleh Islam dan ia wajib ditolong.
-Ibadah tidak terbatas kepada amalan-amalan tertentu malah merangkumi semua kerja kebajikan yang diniatkan kerana Allah.
sumber-http://www.islam.gov.my
0 Ulasan