yusufultraman.com - Info Semasa: Sukan, Ads Review & Lain2

Website Mengenai Info Terkini:Isu Semasa, Hiburan, Sukan, Kartun, Ads Network & Pelbagai Lagi

Orang Yang Memakan Debu Panas | Akhlak

Hadith
Daripada Abu Hurairah RA, bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku mempunyai kaum kerabat yang aku eratkan hubunganku dengan mereka tetapi mereka memutuskan, dan aku berbuat baik dengan mereka tetapi mereka membuat jahat kepadaku, aku berlemah lembut dengan mereka tetapi melakukan kekasaran terhadap aku”. Maka jawab Rasulullah, “Jika benarlah apa yang engkau katakan itu maka seolah-oleh engkau memberi makan abu panas (mereka melakukan dosa besar) dan Allah sentiasa bersama engkau memberi pertolongan selagi kamu mengekalkan sifat-sifat kamu”.

Riwayat: Muslim

Huraian Hadith
Islam mengajar umatnya berbuat baik bagi mengeratkan hubungan antara keluarga walaupun kebaikan itu dibalas dengan keburukan.

Berbuat baiklah dengan kaum keluarga dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim, semoga mendapat keredhaan dan pertolongan daripada Allah.

Islam menghendaki umatnya mengerjakan kebaikan sesama keluarga untuk menjamin kesejahteraan.

Orang yang cuba melakukan permusuhan dan kemarahan kepada orang yang hendak berbuat baik dengannya adalah dimurkai oleh Allah dan dia akan mendapat seksaan diakhirat kelak.

sumber-http://www.islam.gov.my/
Labels: Agama

Thanks for reading Orang Yang Memakan Debu Panas | Akhlak. Please share...!

0 Comment for "Orang Yang Memakan Debu Panas | Akhlak"

Back To Top