Tiket perlawanan Harimau Malaya bertemu Barcelona di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 10 Ogos ini hanya dapat ditetapkan pada harga serendah RM98 dan RM168 untuk dua kategori termurahnya disebabkan penganjur terpaksa membayar kos tinggi bagi membawa pasukan gergasi Sepanyol itu ke ibu negara.

Tiket-tiket berharga RM98, RM168, RM208, RM288, RM388 dan RM688 kini sudah boleh dibeli di pejabat iLasso di Phileo Damansara II, cawangan-cawangan Rock Corner di 1 Utama, Subang Parade, Mid Valley, KLCC dan The Curve atau di laman web www.ilassotickets.com.
-petikan dari berita harian