Keputusan Chong Wei Vs Boonsak Ponsana (Terbuka India 2013)


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan bertemu pemain Jepun Kenichi Tago pada perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Yonex Sunrise Terbuka India 2013.

Chong Wei menewaskan pemain Thailand Ponsana Boonsak 21-11, 18-21, 21-8 pada separuh akhir pada Sabtu.

Chong Wei memenangi kejuaraan itu pada 2011 tetapi gagal mempertahankannya tahun lepas.
-BERNAMA

0 Ulasan