Mengisahkan Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat.

Pada mulanya, niat Yati hanya mahu menumpukan pada latihan praktikal dan fokus dengan masa hadapannya. Tetapi apabila Shahrul tidak henti menunjukkan kesungguhan untuk menawan hatinya, Yati jatuh cinta pada kelembutan dan karisma yang ditunjukkan Shahrul.

Shahrul telah diperkenalkan kepada kedua ibu bapa Yati dan mereka menyenangi Shahrul. Namun bila tiba giliran Shahrul untuk memperkenalkan Yati kepada keluarganya, kehadiran Yati langsung tidak disenangi. Kerana cinta, Shahrul tekad untuk mengahwini Yati walaupun tidak mendapat restu ibu bapa.

Tetapi malang menimpa Yati apabila dia dirogol sebelum hari pernikahannya. Adakah Shahrul masih setia dengan ikrar cintanya pada Yati?

Lakonan
Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin dan Ruzana

Mulai 6 Mei 2013,  Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di TV9