Mengisahkan tentang Akil (Kil) seorang pemuda yang tertekan dan cenderung untuk membunuh diri. Namun cubaannya sentiasa gagal. Sehinggalah dia berjumpa dengan cara ‘penyelesaian’ yang sempurna, Life Action Bureau ataupun LAB yang membantu sesiapa saja yang ingin membunuh diri.

Namun di saat akhir Kil berubah fikiran. Dia mula jatuh cinta pada seorang gadis, Zara, dan kembali bersemangat untuk menikmati kehidupannya. Tetapi sudah terlambat kerana LAB sudah bertindak. Adakah Kil berjaya meyakinkan LAB? Atau Kil tetap akan dibunuh? Bagaimana pula kisah cinta Kil dan Zara?

Pengarah
Nik Amir Mustapha

Lakonan
Redza Minhat
Cristina Suzanne Stocktill
Harun Salim Bachik
Juliana Evans
Hasnul Rahmat
Dira Abu Zahar

Tarikh Tayangan - 30 Mei 2013

Trailer