Demi Dia Slot Akasia TV3 Ganti Teduhan Kasih - Sinopsis Demi Dia TV3 - Zack merupakan seorang lelaki yang kaya namun tidak pandai berdikari. Perkahwinan Zack dengan Azura ditentang oleh Tan Sri Puteh (bapa Zack) kerana menganggap Zack tidak mampu menjadi khalifah dalam keluarga. Tan Sri Puteh terpaksa bersetuju namun dengan syarat Zack harus menghabiskan pelajarannya. Zack terpaksa akur. Atas arahan Tan Sri Puteh, Wanda (kakak tiri Zack) perlahan-lahan cuba memisahkan Zack dan Azura.

Wanda mengupah Shiela untuk menjadi dalang perpisahan Zack dan Azura. Percintaan mereka diduga. Zack kemalangan dan memorinya bersama Azura hilang. Azura cuba mengembalikan ingatan Zack namun campur tangan Wanda dan Shiela memusnahkan segalanya. Azura kehilangan Zack. Sikap Mak Su (ibu saudara Azura) yang terlalu obses dengan wang menyebabkan Mak Su hampir menghancurkan anak saudaranya.

Lakonan
Zoey Rahman, Elfira Loy, Dynas Mokhtar, Amar Baharin, Usop Wilcha, Erma Fatima, Kishmar Johar, Niena Baharun, Leyla Krisya, Shasha Al-Khred, Geofrey Perrin William, Kamal Kamaruddin, Salleh Ahmad, Iellyas Fietrie.

Mulai 3 Julai, Setiap Isnin-Khamis, jam 7 Malam di TV3