Sinopsis Episod Akhir Cinta Jangan Pergi - Konflik di antara Kalil dan Shireen yang yang bakal berkahwin selepas Kalil mengetahui Shireen sedang mengandungkan anaknya. Namun, siapa bapa sebenar anak yang dikandung Shireen menimbulkan keraguan pada El dan JD. Mereka meminta pertolongan Hud, malangnya dia tidak mahu masuk campur dalam hal antara Shireen dan Kalil.

Lea Soraya pula marah apabila mengetahui El dan JD cuba menyiasat mengenai perkara itu. Baginya, dia hanya mahu meneruskan kehidupannya dan menerima segala ketentuan. Tindakan El dan JD itu hanya menambahkan kekusutannya.

Bagi Kalil pula, hatinya tersentuh apabila melihat gambar bayi yang dikandung Shireen dan dia mula menerima kehadiran Shireen. Perkahwinan mereka tetap diteruskan kerana Kalil mahu bertanggungjawab ke atas Shireen. Namun, tanpa disangka Hud tiba di majlis perkahwinan Kalil dan Shireen untuk membongkar perkara sebenar yang disembunyikan Shireen.

Kebenaran itu juga mengakibatkan Shireen kehilangan Kalil. Shireen mula mencari Hud dan menyalahkan Hud kerana sudah merosakkan rancangannya untuk memiliki Kalil.

Apakah kebenaran yang disembunyikan Shireen daripada Kalil? Mungkinkah cinta Kalil dan Lea Soraya akan kembali bersatu? Bagaimana pula pengakhiran Hud yang ikhlas mencintai Lea Soraya?

Lakonan
Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa, Bil Azali, Aleza Shadan

30 Jun 2013, jam 8.30 di TV9