Sinopsis Ramadan Yang Hilang Slot Samarinda  - Mengisahkan konflik antara dua beradik, Zafirah dan Delisha apabila Delisha yang merupakan anak angkat kepada ibu bapa Zafirah menerima lebih perhatian dan kasih sayang sehingga Zafirah terasa disisihkan.

Delisha yang sering didera secara emosi dan fizikal oleh bapa tirinya merupakan seorang kanak-kanak yang murung. Pelajarannya jauh ketinggalan kerana Delisha sering ponteng sekolah dan tidak serius dalam pembelajaran. Jauh berbeza dengan personaliti Delisha, Zafirah merupakan seorang kanak-kanak yang periang, bijak dan bahagia dengan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapanya, Zubir dan Saadiah.

Hidup Zafirah berubah selepas Delisha dijadikan anak angkat oleh Zubir. Zubir sering mengingatkan Zafirah supaya melayan Delisha dengan baik dan menganggapnya sebagai adik kandung. Namun, sikap Delisha yang berlagak seperti budak sombong menyebabkan Zafirah sukar bertolak-ansur dengannya. Zafirah sering ditegur jika berlaku perselisihan faham antara Delisha dan Zafirah.

Lakonan
Eira Syazira, Syatilla Melvin, Zamarul Hisham, Zila Bakarin, Norhayati Taib, Alis Mariya, Melly Amalin, Arja Lee, Sherlie Merlis.

Mulai 26 Jun, Setiap Isnin-Rabu, Jam 10 Malam di TV3