Senarai 20 Barang Harga Terkawal Raya 2013
Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 bagi 20 jenis barangan harga terkawal mula dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Ia bagi menyekat kenaikan harga pada musim perayaan dan mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
-petikan kosmo

Senarai 20 Barang Terkawal
(1) Ayam hidup
(2) Ayam standard (yang disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal)
(3) Ayam super (yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
(4) Daging lembu tempatan
(5) Daging lembu import(*Harga maksimum di Sarawak sahaja)
(6) Daging kerbau import (India)
(7) Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji)
(8) Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
(9) Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
(10) Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
(11) Cili merah
(12) Tomato
(13) Kelapa biji(*Harga maksimum di peringkat borong sahaja)
(14) Kelapa parut(*Harga maksimum di peringkat runcit sahaja)
(15) Kacang tanah import
(16) Bawang merah kecil (India)
(17) Bawang besar import
(18) Bawang putih (China)
(19) Ubi kentang import (China)
(20) Ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara 7 ekor hingga 10 ekor sekilogram)

sumber senarai harga dari www.kpdnkk.gov.my