Sinopsis OMG (Ohsem Music Group) - Mengisahkan tentang empat orang anak muda, Teng (vokalis), Bo (gitar), Kem (bass) dan Bai (drum) yang berbakat dalam muzik di Kampung London. Mereka menamakan band mereka ‘Kumpulan OMG (Ohsem Music Group)’.

Kumpulan OMG popular kerana keunikan dan bakat mereka yang boleh menyampaikan lagu Inggeris dengan baik serta persembahan yang energetik tetapi sebenarnya mereka tidak reti bercakap dalam bahasa Inggeris. Mereka sering menjadi jemputan kenduri kahwin dan pernah menjuarai pertandingan ‘Battle of the Band’ di kampung mereka dua tahun berturut-turut.

Lakonan
Black, Anas Ridzuan, Amir Jahari, Arash Mohd., Amyza Aznan, Elfaeza Ul-Haq

Mulai 13 Julai 2013, Setiap Sabtu, Jam 9 Malam di TV3 - 4 Episod