Tarikh & Senarai Tempat Lihat Anak Bulan Ramadan 2013 Mengikut Negeri


Tarikh dan senarai lokasi lihat anak bulan Ramadan seperti dibawah.

Tarikh & Senarai Tempat Lihat Anak Bulan Ramadan 2013 - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

- Pontian Kecil, Johor;
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;

- Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
- Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;

Lokasi lain ialah:
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
- Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
- Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
- Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
- Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
- Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
- Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
- Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
- Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
- Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
- Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
- Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
- Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
- Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
- Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
- Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
- Menara Kuala Lumpur;
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
- Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - Bernama
sumber-metro

0 Ulasan