Empat aksesori untuk BlackBerry 10

Apa cara yang lebih baik untuk meraikan peranti BlackBerry 10 baru anda daripada dengan pelbagai aksesori? Daripada sarung perlindungan khas ke speaker multimedia, aksesori di bawah akan melengkapkan Z10 BlackBerry atau Q10 anda.


BlackBerry Transform Shell
BlackBerry Transform Shell adalah sarung khas buat BlackBerry Z10. Ia melaksanakan fungsi biasa sarung alat peranti: melindungi peranti daripada di calar, dihantuk dan unsur persekitaran. Ia juga membuatkan peranti mudah untuk mengendalikan.

BlackBerry Transform Shell juga mengandungi ciri-ciri tambahan. Di belakang sarung itu terdapat pendirian yang membolehkan Z10 menjadi skrin bebas tangan yang stabil di dalam mod tontonan landskap. Ini berguna apabila menonton filem, penyampaian Powerpoint ataupun untuk panggilan video.


BlackBerry Flip Shell
BlackBerry Flip Shell adalah sama seperti Blackberry Transform Shell. Ia adalah sarung perlindungan yang melindungi BlackBerry Z10 anda daripada tercalar, terhantuk atau tumpahan cecair.

Seperti Transform Shell, Flip Shell juga mempunyai pendirian yang membolehkan Z10 yang akan digunakan sebagai skrin bebas tangan yang stabil. Ia juga mempunyai ciri-ciri tambahan yang berguna. Penutup magnet Flip Shell akan menghidupkan mode tidur Z10 secara automatik apabila ia ditutup. Ini membolehkan peranti anda menjimatkan kuasa apabila tidak digunakan.


Mini Stereo Speaker
BlackBerry Mini Stereo Speaker adalah speaker Bluetooth bebas wayar. Ia mempunyai reka bentuk yang unik yang membolehkan ia diklip pada baju pengguna, tali beg atau pakaian lain. Ia boleh digunakan untuk bermain muzik atau ‘speakerphone’ bebas tangan.

BlackBerry Mini Stereo Speaker mempunyai reka bentuk yang nipis berbentuk U. Speaker ini adalah sangat ringan, hanya 3.5 auns serta padat. Ia mempunyai port Micro-USB dan port audio 3.5mm. Ia juga mempunyai punat yang membolehkan anda bermain muzik, menghentikan muzik atau menjawab panggilan telefon.

Dalam ulasan CNet, BlackBerry Mini Stereo Speaker dikatakan mempunyai reka bentuk yang tersendiri dan amat mudah untuk dibawa bersama. Walau bagaimanapun, CNet juga berpendapat bahawa kualiti bunyi pembesar suara itu boleh diperbaiki. Diantara itu, terdapat produk-produk lain di pasaran yang menawarkan qualiti bunyi lebih baik pada harga yang lebih berpatutan. Walau bagaimanpun, ia masih suatu tambahan yang baik untuk peranti BlackBerry 10.


Q10 Charger Bundle
Mempastikan BlackBerry Q10 anda dicas sepenuhnya adalah satu tugas yang penting. Ia tidak selalunya mungkin untuk memastikan Q10 anda dicas sepenuhnya apabila menjalankan tugas di luar pejabat. Oleh kerana itu ia berguna untuk mempunyai pengecas bateri sampingan.

BlackBerry Q10 Charger Bundle adalah pengecas sampingan rasmi bagi Q10. Walaupun Q10 sudah datang dengan bateri 2100Mah yang amat mencukupi, Charger Bundle boleh menggandakan hayat bateri anda. Charger Bundle berbentuk nipis ini membolehkan anda mengecas bateri sampingan supaya anda akan sentiasa mempunyai kuasa bateri yang mencukupi untuk Q10 anda di mana sahaja.

Aksesori di atas akan menambah produktiviti dan pengalaman untuk peranti BlackBerry 10 anda. Semua produk diatas adalah produk BlackBerry rasmi, jadi gunakanlah dengan penuh keyakinan.

Thanks to Banyu Putro (Mavens of London)