Aplikasi Kewangan Utama BlackBerry 10

Peranti BlackBerry 10 amat digemari kalangan untuk pengguna perniagaan. Untuk memastikan anda menerima maklumat dan berita kewangan secara pantas, anda harus mempertimbangkan ketiga-tiga aplikasi popular ini:


Thomson Reuters Eikon
Thomson Reuters Eikon baru dilancarkan untuk peranti BlackBerry 10. Sebelum ini, ia hanya diterbitkan untuk peranti iOS. Aplikasi asli Thomson Reuters ini penuh dengan pelbagai ciri-ciri untuk ahli kewangan mahupun pengguna kasual.

Ciri paling penting aplikasi Thomson Reuters Eikon adalah kelajuannya. Ia boleh menyampaikan harga saham dan maklumat lain dalam kelajuan milisaat sebaik sahaja harga rasmi diterbitkan. Ia juga boleh menyampaikan berita kewangan terkini dengan kelajuan yang sama.

Ciri tambahan Thomson Reuters Eikon termasuk integrasi dengan aplikasi desktop, ‘home screen’ yang anda boleh suaikan dengan set maklumat tertentu serta fungsi membaca secara offline apabila tiada sambungan internet.

The Economist For BlackBerry
The Economist  adalah salah satu surat khabar kewangan yang tertua di dunia dan ia kini boleh dimuat turun untuk peranti BlackBerry 10. Akhbar bersejarah ini masih mempertahankan reputasinya sebagai jenama akhbar penting sejak ia dilancarkan pada tahun 1846.

App The Economist adalah percuma. Pengguna boleh membaca pilihan artikel dari edisi mingguan The Economist secara percuma. Pengguna yang mempunyai langganan majalah ini boleh mengakses ciri-ciri tambahan yang termasuk akses kepada semua artikel di mana-mana minggu. Ciri-ciri tambahan multimedia dalam aplikasi The Economist termasuk aliran artikel audio dan fungsi memuat turun artikel untuk dibaca secara offline.


Bloomberg Mobile
Bloomberg menawarkan salah satu aplikasi kewangan yang paling popular dikalangan pengguna BlackBerry World di dalam bentuk Bloomberg Mobile. Aplikasi percuma ini ditujukan untuk pengguna kasual. Ia memberikan pengguna akses kepada harga saham, carta sejarah, berita kewangan terkini, podcast dan banyak lagi.

Bloomberg Mobile adalah aplikasi yang berguna kepada pengguna peranti BlackBerry 10 kerana ia dipenuhi dengan ciri-ciri berguna dan percuma untuk digunakan. Manakala, pengguna profesional bidang kewangan lebih sesuai memuat turun aplikasi Bloomberg Anywhere.

Bloomberg Anywhere memerlukan langganan kepada perkhidmatan terminal komputer perusahaan. Bloomberg Anywhere berfungsi sebagai versi mudah alih terminal desktop dan boleh memberi pengguna akses kepada data dan berita secara pantas.

Ketiga-tiga aplikasi dari Thomson Reuters, Bloomberg dan The Economist sememangnya aplikasi penting untuk peranti BlackBerry 10 anda. Muat turunlah sekarang.

Thanks to Banyu Putro (Maven of London)