Sinopsis Drama Strawberi Dan Karipap
Mengisahkan dua orang kanak-kanak iaitu Haikal (Raykarl) dan Nini (Mia Sara) cuba menyatukan Lisa (Nellydia Senrose) dan  Hairi (Zizan Nin) yang mempunyai sifat ego walaupun menyedari mereka saling menyukai antara satu sama lain.

Lebih sukar apabila Hairi mula jatuh cinta dengan cikgu baru Haikal dan Nini iaitu Cikgu Azila sementara Lisa pula mula tertarik dengan jejaka bernama Suffian. Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi Haikal dan Nini yang berusaha untuk menyatukan Lisa dan Hairi sehingga tiba suatu hari yang istimewa yang membuat mereka berdua berjaya membuang ego antara sama lain.

Apakah keistimewaan Strawberi dan Karipap sehingga mampu menyatukan mereka berdua kelak? Adakah Lisa dan Hairi akan kekal menjadi pasangan kekasih seperti yang dimahukan Haikal dan Nini? Bagaimana pula dengan Cikgu Azila dan Suffian?

Lakonan
Zizan Nin, Nellydia Senrose , Mia sara, Raykarl Iskandar, Yana Samsudin, Hefny Saad, Jihan (Raja Lawak), Wan Sharmila dan penyanyi ­Indonesia, Shae.

 Setiap Ahad, mulai 1 September 2013, jam 11 pagi di Astro Ceria (saluran 611).