10 Filem Ditayangkan Di TV2 Sempena Raya 2013


Papadom, 7 Ogos 2013 - 11.30 malam
-Kisah pengorbanan seorang ayah, Saadom terhadap anaknya, Miasara.

Lakonan
 Afdlin Shauki, Noorkhiriah, Liyana Jasmay, dan Vanidah Imran.

Selamat Pagi Cinta, 8 Ogos - 2 petang
-Mengisahkan dua kisah cinta yang penuh suka dan duka. Pertemuan yang membibitkan perasaan cinta dan perpisahan yang penuh dengan kekecewaan dan persoalan.

Lakonan
Fazura, Pierre Andre, Que Haidar dan Sharifah Amani.

Ombak Rindu, 8 Ogos - 10.30 malam
-Mengisahkan perjalanan hidup Izzah dan Hariz daripada dunia yang berbeza terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan.

Lakonan
Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani

Duyung, 9 Ogos - 2 petang
-Sikap Jimmy yang suka membersihkan laut membawa tuah kepada dirinya apabila dia dapat bertemu dengan ikan duyung penemuan ini merubah hidup Jimmy dan orang kampung.

Lakonan
Maya Karin, Saiful Apek, Yassin Senario, dan Yasmin Hani


Bunohan, 9 Ogos - 10.30 malam
-Mengisahkan tiga orang adik-beradik bernama Adil, Bakar dan Ilham.Kehadiran mereka membangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebagai ayah kepada mereka. Setiap seorang daripada mereka bergelut dengan ketidakpuasan, pengampunan dan kebencian yang membawa kepada kehilangan jiwa dan pengkhianatan yang berpanjangan.

Lakonan
Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Bront Palare, Wan Hanafi Su dan Namron .

Gangster, 11 Ogos - 4.30 petang
-Kisah dan konflik yang dihadapi oleh individu-individu tertentu di mana mereka menghadapi pelbagai desakan hidup di bandar lakonan Rosyam Nor, Umie Aida, Hasnul Rahmat, dan Ako Mustapha.

Mantera,11 Ogos - 11 malam
-Mengisahkan anak muda bernama Azman yang secara tidak sengaja mendapat kuasa luar biasa yang memberi kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’.

Lakonan
Tomok, Shiqin Kamal, Waei Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojin (Rusia) dan Natalya Shmarenkova (Ukraine).

Lain-lain filem
Ratu The Movie - 12 Ogos, 2 petang
Zombi Kampung Pisang - 13 Ogos, 10 malam
Tentang Bulan - 14 Ogos, 2 petang
Persona Non Grata -15 Ogos, 2 petang