Sinopsis Paku Pontianak
Melati telah dijaga oleh keluarga Adam setelah hilang ingatan akibat dari kemalangan kereta yang dipandu oleh Adam. Seri yang menaruh hati pada Adam merasa terancam dengan kehadiran Melati dan berusaha untuk menyingkirkan Melati dari keluarga itu.

Setahun berlalu tetapi Melati masih tidak mendapat kembali ingatannya. Fatima, ibu kepada Adam membuat keputusan untuk mengahwinkan Adam dan Melati bagi mengelakkan percakapan orang keliling kerana mereka tinggal serumah. Adam dan Melati bersetuju dengan perkahwinan itu kerana mereka sudah menaruh hati sesama mereka.

Berita perkahwinan itu telah menajdikan Seri sangat marah dan Seri bersumpah akan membuat Melati sengsara. Perkahwinan Adam dan Melati sentiasa menghadapi masalah. Melati kerap jatuh sakit dan Melati sentiasa berada dalam duninya sendiri yang kadang-kadang seperti orang histeria. Pak Leh, bapa saudara Adam merasakan sesuatu yang tidak kena pada Melati dan dia seperti tahu punca masalah mereka.

Suatu hari, Adam terpegangkan satu bonggol kecil di belakang leher Melati dan Adam terus menaruh syak wasangka yang Seri adalah punca kepada masalah mereka. Apakah yang sebenarnya terjadi?

Pengarah 
Ismail Bob Hashim

Lakonan
Pekin Ibrahim
Hidayah Samsudin
Uqasha Senrose
Adiba Yunus
Along Eyzendy
Sidek Hussain
Ruminah Sidek

Tarikh Tayangan
22 Ogos 2013