Sinopsis Pawn Shop
Mengisahkan sepasang suami isteri, Neung (Krissada) seorang penggubah lagu dan isteri­nya, Dao (Supaksorn) menjalani gaya hidup yang serba sederhana.

Mereka menyimpan wang untuk membiayai kediaman, kereta dan juga melabur dalam perniagaan kecil iaitu sebuah pub namun perniagaan mereka tidak berjalan lancar.

Bagaimanapun, satu kejadian mengubah kehidupan tenang yang dilayari mereka selama ini sehingga memaksa Neung membuat keputusan besar tanpa menyedari nyawanya bakal menjadi taruhan.

Disebabkan 1 juta Baht, dia sanggup memajakkan nyawanya kepada pemilik sebuah kedai pajak gadai yang begitu taksub dengan dunia makhluk halus. Sejak daripada itu, hidupnya mula bertukar menjadi bala dan berhadapan pembalasan akibat tindakannya itu.

Lakonan
Krissada Sukosol Clapp, Supaksorn Chaimong­kol, Chalee Muengthai dan Natcha Supalakorn

Dipawagam
Mulai 29 Ogos 2013

Trailer