Sinopsis The Purge
Mengisahkan mengenai satu undang-undang yang diwujudkan oleh Amerika yang mengamalkan Hari Pembasmian yang mana dalam setahun terdapat satu hari di mana segala jenayah adalah dibenarkan.

Pihak pemerintah percaya bahawa dengan wujudnya hari pengecualian tersebut sekali gus mengurangkan kadar jenayah di negara tersebut. Setiap rakyat diberi kebebasan untuk membunuh, memukul, mencuri, merogol serta untuk melakukan pelbagai jenayah dan tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Sepasang suami isteri dan dua orang anaknya berjuang untuk kekal hidup sepanjang pesta pembasmian yang berlangsung selama 12 jam itu. Pihak polis serta hospital tidak menyediakan bantuan sepanjang tempoh tersebut.

Nyawa mereka sekeluarga berada dalam keadaan bahaya apabila secara tidak sengaja anak lelakinya, Charlie membenarkan seorang lelaki yang menjadi buruan ke dalam rumah mereka. Ethan Hawke (James) yang bertindak sebagai ketua keluarga mencuba sedaya upaya untuk melindungi isteri serta anak-anaknya.
sumber sinopsis - gua.com.my

Lakonan
Ethan Hawke Sebagai James Sandin
Lena Headey - Mary Sandin
Max Burkholder - Charlie Sandin
Adelaide Kane - Zoey Sandin
Edwin Hodge - Bloody Stranger
Rhys Wakefield - Polite Leader
Tony Oller - Henry
Arija Bareikis - Mrs. Grace Ferrin
Tom Yi - Mr. Cali
Chris Mulkey - Mr. Halverson
Tisha French - Mrs. Halverson
Dana Bunch - Mr. Ferrin
Peter Gvozdas - Dr. Peter Buynak
Karen Strassman - journalist
Peter Jones - the Boss

Klasifikasi - 18 tahun ke atas

Mulai dipawagam hari ini (22 Ogos 2013)