Setia Hujung Nyawa Raya
Mengisahkan pasangan muda yang baru berkahwin, Ersalina dan Zain. Ersalina atau El yang sedang hamil cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Sementara itu, ibu bapa El dan Zain pergi mengerjakan umrah.

Oleh itu, Zain dan isterinya membuat keputusan untuk pulang beraya ke kampung Zain bersama neneknya. Semasa berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah apabila bekas kekasih Zain iaitu Maisara muncul dalam kehidupan mereka.

Kehadiran Syawal, teman sekampung Zain yang mempunyai sikap ingin lebih bagus daripada Zain mengundang banyak masalah. Ditambah pula dengan kehadiran Qarun, remaja istimewa yang bijak mengawal situasi. Pelbagai perkara sedih dan lucu yang berlaku sepanjang mereka di kampung.

Lakonan
Nelydia Senrose, Amar Asyraf, Hairul Azreen, Raja Ema, Zila Bakarin, Ryzal Jaafar, Shah Iskandar, Anzalna Nasir, Ruminah Sidek dan Aedy Ashraf.

7 Ogos 2013, jam 9 malam di TV3