Sinopsis Telefilem Jalur TV3
Mengisahkan Haji Budin seorang usahawan berjaya dan disegani di tempat tinggalnya berkawan baik dengan Taukeh Wong. Persahabatan mereka kian renggang akibat salah faham. Dalam pada itu Wong yang terlantar di hospital langsung tidak pernah dijenguk oleh Budin.

Budin mula teringatkan peristiwa 35 tahun dulu ketika mereka masih belasan tahun dan bersekolah di sekolah yang sama, namun begitu jarang bertegur sapa. Malah masing-masing turut lahir pada tarikh dan bulan yang sama iaitu 31 Ogos 1957.

Selain Wong, mereka turut rapat dengan Rajoo sehingga digelar ‘three stooges’. Namun keakraban mereka tidak disenangi ramai pihak sehingga pelbagai fitnah mula ditimbulkan terhadap mereka.

Lakonan
Zamarul Hisham, Keith Foo, Fizz Fairuz, Noorkhiriah, Jason Chong dan Farabie.

Sabtu, 31 Ogos 2013, jam 10 malam di TV3