Alam Maya di slot Aurora |
Sinopsis Alam Maya TV9
Mengisahkan seorang gadis berusia 22 tahun dan bekerja di salah sebuah syarikat media terbesar di Malaysia. Sekali pandang, Maya gadis biasa dan tidak termasuk dalam golongan gadis popular. Walaupun pendiam, namun Maya sebenarnya seorang gadis sofistikated dengan caranya yang tersendiri.
Hakikatnya, Maya mempunyai perangai ‘gila-gila’ dan hanya rakan baiknya Amman (Kamal Adli) saja yang tahu perangainya itu. Amman seorang jurukamera dan hubungan mereka agak rapat. Namun, pendapat dan cita rasa mereka amat berbeza dan sering tidak bersefahaman, tetapi Amman selalu menepis egonya demi menjaga hati Maya.
Maya dibesarkan ibunya, Ramlah dan mempunyai seorang kakak bernama Lara. Kehidupan Lara pula berbeza dan dia begitu obses dengan segala pertandingan dan peraduan. Pantang terlihat pertandingan atau peraduan sama ada di akhbar, majalah, TV atau radio, dia akan menyertainya.
Ibu mereka, Ramlah pula lebih selesa di takuk lama dan enggan berubah. Walau cuba dinaikkan pangkat, Ramlah enggan dan lebih selesa bertugas sebagai kerani akaun di pejabatnya.
Di pejabat, Maya serius dengan tugasannya dan seorang pendiam. Namun berbeza di rumah apabila Maya sebenarnya lebih suka bercerita, tetapi tiada siapa yang ingin melayan kerenahnya. Sebab itulah dia melepaskan segala isi hatinya dengan merakam penceritaannya sendiri ke dalam video. Kebanyakan cerita yang dikongsikan dalam rakaman itu berkaitan dengan kehidupannya serta apa yang difikirkan.
Suatu hari Amman terjumpa video yang dirakam Maya dan tanpa disedari, Amman memuat naik video berkenaan ke YouTube dan sejak itu kehidupan Maya mula berubah menjadi terkenal dan popular.
Ramai yang memberi maklum balas positif dan menanti pendapat dan reaksi Maya mengenai segala situasi yang berlaku. Bagi mereka setiap cerita yang dirakam itu ikhlas dari hati Maya sendiri dan bukannya lakonan.
Maya yang tidak tahu menahu mengenai rakamannya sudah ditonton ramai itu menjadi bingung. Apatah lagi apabila Amman memberitahu Maya dia orang yang bertanggungjawab melakukannya. Maya kecewa kerana dia begitu mempercayai Amman sebagai rakan karibnya.
Konflik muncul menjadikan hubungan mereka dingin seketika, namun pandangan Maya mula berubah apabila Airil (Iqram Dinzly), selebriti terkenal yang menjadi pujaannya mula memberikan perhatian terhadapnya.
Bagaimana Maya menghadapi kehidupan barunya yang kini terkenal di seluruh YouTube? Adakah Maya berdendam dengan Amman kerana perkara itu?
-sumber sinopsis metro
Mulai Khamis, 5 September 2013, jam 8.30 malam di TV9
Video pormo
0 Ulasan