Biodata Shila Amzah (Nur Shahila Amir Amzah)

Nama sebenar: Nur Shahila Amir Amzah
Lahir: 13 Ogos 1990
Asal: Kuala Lumpur, Malaysia
-Anak penyanyi popular 1980-an, ND Lala dan pelakon, Fauziah Sarman
-Mula menyanyi ketika usia sembilan tahun dan album pertama, Terima Kasih Guru dilancarkan pada 2000
-Bersama EMI, Shila hasilkan album Sha-hila (2005) dan 5 Jingga (2008)
-Menang tempat kedua One In A Million pada 2007 dan ikat kontrak dengan Monkey Bone
-Juara Asia New Singer Competition pada 2008
-Album Bebaskan dipasarkan pada 2009
-Akhir 2010, Shila bergabung dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor menghasilkan album 3 Suara
-Single Patah Seribu mula menaikkan nama Shila
-Muncul juara Asian Wave pada 20 September 2012, sekali gus mengubah nasib Shila
-Shila menubuhkan syarikat sendiri, Shila Amzah Entertainment Bhd pada 12 Mac 2013