Mengisahkan mengenai kehidupan lima adik-beradik yang bermisi  untuk membalas dendam terhadap musuh, kepada ayah angkat mereka, seorang bekas ahli kongsi gelap yang mempunyai masa silam yang tersembunyi.

Semuanya bermula apabila Afran (Michael) hilang mendesak Idrus (Aaron) bersama adik-beradik lain termasuklah juga Giran (Farid) mencarinya di samping turut merungkai rahsia sejarah bapa angkat mereka Tok Long (Wan Hanafi).

Sebenarnya, itu semua hanya alasan mereka kerana sebaik menjumpai Afran, mereka meneruskan misi untuk mencari siapa punca kepada kecacatan serta parut di wajah Tok Long.

Bagaimanapun, mereka tidak menyedari bahawa sebenarnya misi itu bakal membahayakan diri sendiri malah turut berhadapan dengan bahana sehingga memecah-belahkan hubungan mereka kelak.

Pengarah
Lai Yok Lung

Lakonan
Aaron Aziz, Farid Kamil, Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans, Scha Alyahya, Wan Hanafi Su dan Yank Kassim.

Tarikh Tayangan - 19 September 2013

Trailer
http://youtu.be/p5-IuuCi26s