Sinopsis Vikingdom: The Blood Eclipse
Kisah bermula dengan kemunculan kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai Thor untuk menawan tentera purba sebagai hamba mereka. Thor mesti dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yang boleh menentangnya iaitu Eirick dari Jomberg.

Eirick seorang pemburu yang biasa dengan hidupan lasak. Berita serangan Thor disampaikan Frey kepada Eirick untuk menghalang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls.

Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick kemudian diiringi sahabat baiknya, Sven dan Yang iaitu hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudian menentang angkatan tentera Thor.

Pengarah
Yusry Abdul Halim

Lakonan
Dominic Purcell, Conan Stevens, Craig Fairbrass, Jon Foo, Natassia Malthe

Tarikh Tayangan - mulai hari ini (12 September 2013)

Trailer