Sinopsis 7th Grade Civil Servant Slot Chamsarang TV9
Mengisahkan me­ngenai Kyung Ja (Choi Kang Hee), seorang gadis pintar dan sentiasa bekerja keras demi membantu ibu bapanya di kampung. Di Seoul, Kyung Ja melakukan pelbagai pekerjaan seperti penjaga parkir dan pelatih Kendo.

Apabila ditawarkan wang lumayan, Kyung Ja bersetuju menjadi calon bagi agensi mencari jodoh milik rakannya, Jun Ji de­ngan menggunakan nama Kim Seo Won.

Dalam pada itu, Gil Ro (Joo Won) menghabiskan zaman kanak-kanaknya dengan menonton filem James Bond. Dia bertekad untuk menjadi seorang perisik dan berusaha keras demi mencapai matlamatnya termasuk mengambil ujian kemasukan ke Perkhidmatan Risikan Kebangsaan Korea (NIS).

Namun cita-cita Gil Ro tidak disokong ibu bapanya menyebabkan dia menyembunyikan penyertaannya ke NIS.

Gil Ro dan Seo Won bertemu buat kali pertama apabila mereka bersetuju untuk hadir temu janji yang diaturkan untuk mereka. Perjumpaan selama dua jam itu membuatkan Gil Ro mahu kembali bertemu Seo-Won. Segala maklumat yang diperoleh melalui agensi mencari jodoh itu tidak langsung membantu Gil Ro dalam mencari Seo-Won.

Mereka kemudian bertemu kembali apabila kedua-duanya diterima masuk ke pasukan NIS.

Di pusat latihan NIS, Gil Ro semakin rapat dan mula jatuh hati kepada Seo Won apabila melihat kecekalan Seo Won dalam me­ngaturkan kehidupannya tanpa bantuan ibu bapanya. Manakala, Seo Won kelihatan lebih selesa di samping rakan latihan yang banyak membantunya, Kong Do Ha (Hwang Chan Sung).

Akibat sering bertelagah, dalam diam Gil Ro mencemburui hubungan mesra Seo Won dan Do Ha.

Ketika Seo Won mula jatuh hati kepada Gil Ro, Gil Ro pula dibuang dari pusat latihan NIS kerana kerap melanggar peraturan di pusat latihan itu.

Setahun kemudian, Gil Ro bertemu kembali Seo Won apabila Seo Won hadir untuk temu duga di syarikatnya. Hubungan mereka kembali rapat, namun Gil Ro tidak mengetahui Seo Won bekerja de­ngan NIS untuk satu misi rahsia.

Dalam hubungan cinta, mereka terpaksa belajar untuk mengimbangi kehidupan peribadi dan profesional sebagai ejen rahsia. Adakah mereka berjaya menyembunyikan identiti sebenar mereka antara satu sama lain sehingga ke akhir? Bagaimana mereka mengimbangi kehidupan cinta mereka berdua bersama misi rahsia mereka untuk NIS?

Lakonan
Choi Kang Hee, Joo Won, Ahn Nae Sang, Hwang Chan Sung dan Kim Soo Hyun.

Mulai hari ini, 2/10/2013, setiap Selasa dan Rabu - jam 9.30 malam di TV9

Trailer