Sinopsis Penanggal (2013)
Mengisahkan seorang wanita naif bernama Murni (Ummi Nazeera) yang diperturunkan ilmu penanggal oleh neneknya, Mak Ajeng (Normah Damanhuri) tanpa kerelaan hati.

Murni ditakdirkan melalui kehidupan penuh cabaran dan kesunyian akibat ilmu penanggal yang diwarisinya dan akhirnya berdepan dengan penduduk kampung yang semakin marah dengan kejadian mengerikan yang berlaku tanpa henti.

Murni diselamatkan oleh seorang peniaga Arab, Syed Yusof (Azri Iskandar) dan secara tidak sengaja jatuh cinta dengan jejaka itu. Pelbagai cara dilakukan Murni untuk menarik perhatian Syed Yusof.

Penduduk kampung pula bersepakat untuk mencari penanggal yang semakin berleluasa dan satu-persatu kebenaran kian terbongkar -(sinopsis dari kosmo)

Pengarah
Ellie Suriati

Lakonan
Azri Iskandar, Zul Arifin, Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Normah Damanhuri, Dato' Sharifah Aini

Tarikh Tayangan
-28 Nov 2013 (hari ini)

Facecook - Penanggal