Sinopsis Mat Three Four Di TV3
Me­ngisahkan seorang anak muda bernama Mat yang menetap di sebuah kampung dan hidup sebatang kara selepas kematian nenek­nya.

Setiap malam, Mat mendengar lagu lama daripada kaset menggunakan radio buruk miliknya dan dia juga buta huruf namun disenangi penduduk kampung.

Mat suka menyanyi dan mendapat gelaran ‘Mat Three Four’ kerana setiap kali penduduk menyebut ‘Three Four”, dia akan terus me­nyanyi walau di mana saja.

Walaupun disenangi penduduk, Mat dibenci Penghulu Ghani yang mempunyai anak gadis cantik iaitu Suriati yang baru tamat pelajarannya dari maktab perguruan dan pulang ke kampung untuk mengajar.

Sejak Mat membantu memperbaiki motosikal Suriati yang rosak, hubungan mereka semakin rapat dan wanita itu turut me­ngajar Mat untuk membaca.

Satu hari, anak Pak Tam datang ke kampung berkenaan dan jatuh cinta terhadap Suriati. Dia menyampaikan hajatnya kepada Penghulu Ghani untuk meminang anak­nya itu.

Dua minggu berlalu dan deruan kereta rombongan untuk meminang Suriati berdesup lalu di hadapan rumah Mat membuatkan hati Mat tambah kecewa dan terguris. Siapakah pilihan Suriati?(sinopsis dari metro)

Lakonan
Ammar Titan, Puteri Sarah, Sabri Yunus, Nam Ron dan Khatijah Tan.

Setiap Sabtu, mulai 7 Disember 2013 jam 9 malam di TV3