Sinopsis Balistik lakonan Rosyam Nor,  Rita Rudaini dan Adi Putra
Mengisahkan Saga (Rosyam), seorang pembunuh upahan profesional yang mendirikan rumah tangga dengan Salena (Rita) rakannya yang membesar bersama di rumah anak yatim. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Rykarl (Rykarl).

Saga telah menghilangkan diri bersama Rykarl selepas mencederakan Selena dan selepas enam tahun mereka bertemu kembali. Namun Selena ingin menuntut haknya sebagai ibu untuk mengambil semula Rykarl.

Pada masa sama, Saga menjadi buruan kumpulan gengster dan pihak polis di mana suami Selena iaitu Nizam, merupakan Inspektor polis yang sedang memburu Saga.(sinopsis dari mstar)

Pengarah
Silver Chung

Lakonan
Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Jack Lim, Gan Mei Yan, Jeff Chin, Jason Phang, Datuk Rahim Razali, Marissa Yasmin, Fimie Don dan Rykarl Iskandar.

Tarikh Tayangan
9 Januari 2014